Saturday, February 9, 2008

Dengar Masalah Rakyat Dan Perbaiki Kelemahan, Kata Abdullah

PULAU PINANG, 8 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan masing-masing bagi membolehkan mereka terus mendapat sokongan rakyat.

Perdana Menteri berkata beliau yakin jika langkah itu diambil oleh semua pemimpin BN, rakyat akan terus menyokong kerajaan yang ada sekarang dan memberi mandat kepada perikatan itu untuk terus memerintah negara.

"Tolong dengar masalah mereka dan perbaiki kesilapan kita. Jika kita berjaya berbuat demikian mereka (rakyat) akan sokong kita," katanya ketika berucap pada Majlis Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Gerakan dan MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata sejak BN memerintah, perikatan itu telah berjaya membawa pembaharuan dan kemajuan kepada negara. - BERNAMA

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=312803

No comments: