Saturday, February 9, 2008

Agong Tidak Boleh Bubar Parlimen Sesuka Hati

Saya bergegas menghubungi Profesor Dr Abdul Aziz Bari untuk mendapat penjelasan lanjut kenapa Perlembagaan memberi kata putus kepada Yang di-Pertuan Agong dalam soal pembubaran Parlimen.

Pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menjelaskan, Perlembagaan Malaysia mengambil iktibar dari pengalaman di Komanwel sejak lebih 100 tahun yang lalu dan Suruhanjaya Reid menyatakan bahawa adalah tidak bijak untuk memberi hak mutlak kepada kerajaan yang memerintah untuk membubarkan dewan.

Dr Abdul Aziz menambah bahawa sebab mengapa ia tidak bijak ialah kerana pilihan raya mengambil masa, memakan biaya dan menganggu pentadbiran negara jika ia terlalu kerap diadakan.

Dengan kata lain, tegas beliau, Yang di-Pertuan Agong diberi amanah untuk menimbangkan sama ada pembubaran yang bermakna pilihan raya itu perlu untuk kebaikan negara. – HARAKAH

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2469/46/

No comments: