Sunday, February 24, 2008

Tiada Ruang Untuk Pembuat Kacau

KUALA LUMPUR, Feb 23 (Bernama) -- Kurang dari 24 jam sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum 8 Mac ini, polis memberi amaran tidak akan memberi ruang kepada golongan pembuat kacau.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beribu-ribu anggota polis akan ditugaskan 24 jam semasa penamaan calon esok, terutama di kawasan yang dikategorikan sebagai "kawasan panas".

"Kami tidak akan bertoleransi dengan pembuat kacau dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka. Hanya ini amaran saya...patuhi undang-undang atau dikenakan tindakan.”

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315891

No comments: