Wednesday, February 13, 2008

“Jangan Tolak Realiti Politik Melayu”

A Kadir Jasin

Utusan Malaysia dimiliki oleh Umno dan sudah pastilah ia lebih memihak kepada parti pemerintah itu. Tetapi sekali sekala, ia kritikal terhadap Umno, pemimpin-pemimpin serta dasar-dasarnya.

Dan sekali sekala juga ketua pengarang dan pengarangnya “membayar harga yang tinggi” kerana kritikan mereka itu, termasuk dilucutkan jawatan.

Pada 9 Februari lalu, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya umum semakin rancak dan lantang, Utusan memberi “kata dua” kepada Barisan Nasional agar “tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar (bagi) menghadapi pilihan raya.”

Ruangan pojok Bisik-Bisik Awang Selamat mengulas:

“Apabila bercakap tentang peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, gabungan parti itu diramalkan menang besar walaupun mungkin tidak mencatatkan prestasi sebaik pilihan raya 2004.

“Dalam hubungan ini, BN bimbang merosotnya undi bukan Melayu berikutan isu-isu tertentu termasuk Hindraf.

“Maka para pemimpin BN kelihatan memberi lebih perhatian bagi menangani isu berkenaan. Tetapi bagaimana pula pengundi Melayu, yang merupakan penduduk terbesar negara ini?

Lagi: http://kadirjasin.blogspot.com

No comments: