Saturday, February 16, 2008

Pengundi Yang Berdaftar Sebelum 1 Jan 2008 Saja Layak Mengundi

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Hanya mereka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih atau pemilih yang membuat pertukaran alamat sehingga 31 Disember tahun lalu sahaja boleh mengundi pada pilihan raya kali ini, kata Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor hari ini.

Beliau berkata ini berikutan keputusan SPR menggunakan daftar pemilih induk 2007 yang diwartakan pada 5 Feb tahun ini untuk tujuan pilihan raya dan yang membolehkan 10.9 juta pemilih layak mengundi.

"Mereka yang mendaftar pada 1 Jan tahun ini dan seterusnya adalah tidak layak untuk mengundi," katanya.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314190

No comments: