Tengku Razaleigh Dicalon Kekal Di Gua Musang
KOTA BHARU 17 Feb. – Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan Barisan Nasional (BN) Kelantan antara 16 muka lama yang dicalonkan untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ini.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata berdasarkan kepada pengaruh Tengku Razaleigh di Gua Musang, bekas presiden Semangat 46 itu terus dicalonkan bagi Parlimen itu.
“Ya, BN Kelantan telah mencalonkan Tengku Razaleigh untuk terus kekal bertanding di Gua Musang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengarah DUN BN di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini. - Bernama
Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2008&y=2008&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

No comments:
Post a Comment