Jangan Berpecah Hanya Kerana Pemilihan Calon, Kata PM
PULAU PINANG, 23 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak berpecah-belah hanya kerana tidak berpuas hati dengan calon-calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Perdana Menteri berkata, semua anggota parti harus faham bahawa akan tiba masanya perubahan perlu dilakukan dan berharap isu pemilihan calon tidak akan menjejas persiapan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya itu.
"Sudah tentu kita tidak mahu melihat perpecahan berlaku di dalam parti," katanya pada persidangan akhbar selepas melancarkan Karnival Rukun Negara di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), di sini hari ini.
Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315864

No comments:
Post a Comment