Tuesday, February 5, 2008

SPR Warta Daftar Pemilih Induk 2007 Dengan 10,922,139 Pemilih Esok

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 dengan jumlah pemilih 10,922,139 orang esok.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata Peraturan 24 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan supaya Daftar Pemilih Tambahan (DPT) digabungkan dengan DPI terkini sebelum ia dapat digunakan dalam sebarang urusan pilihan raya.

"Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Keempat akan digabungkan dengan Daftar Pemilih Induk 2006 untuk menjadi Daftar Induk 2007," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=312260

1 comment:

tasatra said...

JANGAN MIMPILAH NAK BENTUK KERAJAAN.

DALAM KLIP VIDEO KEADILAN, ANWAR MEMPERTIKAI TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK. BELIAU BEGITU BERIYA-IYA UNTUK MENURKAN HARGA MINYAK DAN BERCAKAP PASAL HARGA MINYAK KETIKA BELIAU MENJAWAT JAWATAN MENTERI KEWANGAN.

PEKAKKAH ANDA, TULIKAH ANDA, BUTAKAH ANDA. PADA KETIKA ITU BERAPA HARGA SATU BAREL MINYAK DI PASARAN ANTARABANGSA. DI SEKITAR USD50 SATU BAREL, KINI HARGA BAGI SATU BAREL MENCECAH USD130. BERAPA PERBEZAANNYA.

ANWAR DALAM KLIP VO TERSEBUT, MENGAKU ADA MENAIKKAN HARGA MINYAK SEBANYAK 3 SEN DAN MENURUNKANNYA.

SOALNYA DI SINI ADALAH SOAL MORAL DAN PRINSIP BAHAWA ANWAR IBRAHIM SENDIRI BERSETUJU KENAIKAN HARGA MINYAK PERLU DILAKSANAKAN. SOAL TURUN ADALAH SOAL SECONDARY. TETAPI ANWAR IBRAHIM MELULUSKAN KENAIKAN HARGA. SEMASA KENAIKAN DIUMUMKAN ADAKAH TERLINTAS DIFIKIRAN ANWAR SOAL PENURUNAN.

HARGA BARANG NAIK, PASAL APA. KENAPA HARGA BARANG TAHUN 5AM AMAT MURAH DIBANDING SEKARANG. PRINSIP PERDAGANGANLAH MENENTUKANNNYA, BERDASARKAN PENGELUARAN DAN PERMINTAAN, JIKA PERMINTAAN SEDIKIT DAN PENGELUARAN BANYAK TENTU HARGA MURAH, JIKA PENGELUARAN SEDIKIT TETAPI PERMINTAAN RAMAI TENTULAH MAHAL.ANWAR IBRAHIM SEPATUTNYA BERCAKAP TENTANG PRINSIP DAN ILMU PASARAN. TERIMA KASIH