Friday, February 29, 2008

Najib's Psy-war Against Badawi

Little Bird

I am hearing more of this. The UMNO dunggus are talking about backstabbers. There were reports yesterday quoting Najib and others about 'backstabbing' in UMNO. In Kepala Batas, there are efforts being undertaken from inside UMNO to embarrass Badawi. The independent candidate trying to get into the nomination center at Kepala Batas on Nomination Day is said to be one such attempt.

There are people actively moving on the ground in Kepala Batas who are out to embarrass Badawi too. I have met some of them. There is also talk that UMNO 'backstabbers' are also moving on the ground in Rembau, Negeri Sembilan. And surprise, surprise, the 'putera' boys are involved, backstabbing their own boss.

There is another major UMNO 'backstabbing' operation going on in one area that many people in that area know of but which better remains unsaid. If it becomes national news through Malaysia Today then "they" will take more counter-measures. We don't want that happening. I believe the BN is truly screwed this time around.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3512/1/

Banyaknya Duit Mereka

Sehari sebelum penamaan calon, saya menjengah satu negeri “HotSpot” di pantai timur Malaysia. Dari pemerhatian saya terdapat terlalu banyak poster, “banner pvc”, papan iklan bersaiz “billboard” yang memaparkan imej Barisan Nasional atau UMNO. Malah boleh dikatakan disetiap penjuru negeri terpapar dengan jelas imej Barisan Nasional atau UMNO.

Tidak dinafikan semua ini memerlukan kos yang amat tinggi. Memanglah calon pilihanraya dibenarkan menggunakan sehingga RM100 ribu untuk kos pilihanraya termasuklah promosi dan sebagainya, namun dengan senario yang ada terpapar, saya pasti nilai ini jauh lebih kecil berbanding dengan kos keseluruhan promosi Barisan Nasional/UMNO disini.

Saya sedia maklum bahawa memang terdapat beberapa promosi yang dilakukan dibiayai oleh orang korporat yang sebelum ini mendapat laba hasil dari keakraban dengan pimpinan UMNO/Barisan Nasional. Namun tentunya dengan bantuan promosi yang bertahap mega ini, tentunya ada timbal balik sekiranya calon UMNO/Barisan Nasional ini menang dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini. Pastinya kontrak kerajaan (dari segenap cabang instrumen kerajaan) akan disalurkan (dihadiahkan) kepada pembiaya korporat tersebut.

Lagi:http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/02/26/banyaknya-duit-mereka/
Banyaknya Duit Mereka

Sehari sebelum penamaan calon, saya menjengah satu negeri “HotSpot” di pantai timur Malaysia. Dari pemerhatian saya terdapat terlalu banyak poster, “banner pvc”, papan iklan bersaiz “billboard” yang memaparkan imej Barisan Nasional atau UMNO. Malah boleh dikatakan disetiap penjuru negeri terpapar dengan jelas imej Barisan Nasional atau UMNO.

Tidak dinafikan semua ini memerlukan kos yang amat tinggi. Memanglah calon pilihanraya dibenarkan menggunakan sehingga RM100 ribu untuk kos pilihanraya termasuklah promosi dan sebagainya, namun dengan senario yang ada terpapar, saya pasti nilai ini jauh lebih kecil berbanding dengan kos keseluruhan promosi Barisan Nasional/UMNO disini.

Saya sedia maklum bahawa memang terdapat beberapa promosi yang dilakukan dibiayai oleh orang korporat yang sebelum ini mendapat laba hasil dari keakraban dengan pimpinan UMNO/Barisan Nasional. Namun tentunya dengan bantuan promosi yang bertahap mega ini, tentunya ada timbal balik sekiranya calon UMNO/Barisan Nasional ini menang dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini. Pastinya kontrak kerajaan (dari segenap cabang instrumen kerajaan) akan disalurkan (dihadiahkan) kepada pembiaya korporat tersebut.

Lagi:http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/02/26/banyaknya-duit-mereka/
Pertarungan Bagi 214 Kerusi Parlimen, 501 Kerusi Negeri Pada Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pilihan raya umum 8 Mac akan menyaksikan pertandingan untuk 214 kerusi parlimen dan 501 kerusi negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (EC)mengumumkan hari ini memandangkan suasana berkempen semakin giat diadakan bagi Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang.

Dengan tempoh untuk menarik diri daripada bertanding berakhir pada tengah malam tadi, BN memperoleh lapan kerusi parlimen dan tiga kerusi negeri tanpa bertanding sementara PAS mendapat satu kerusi negeri tanpa bertanding.

Melobi untuk memancig undi ditingkatkan mulai esok sehingga ke satu-satunya hujung minggu ini dalam masa 13 hari tempoh untuk berkempen iaitu lima hari lebih daripada pilihan raya umum 2004.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=317247
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi….Who Will Save Universiti Malaya?

When Amin Jalaludin, UM’s Deputy Vice-Chancellor cum ENT surgeon turned developer announced on behalf of his boss, Rafiah Salim, lawyer turned banker cum UN Human Resources Manager cum Vice-Chancellor and currently jet-setting businesswoman, the proposal by the Universiti of Malaya’s governing board to let a suspicious private entity called PPC-MINT-GLOMAC develop 27 acres of irreplaceable campus land on February 9, 2008, Malaysians knew that it had all the makings of a major scam.

Amin announced that the successful completion of the development project is expected to provide UM with a minimum income of RM312 million or the land value of RM200 million plus a share of the developer's profit, whichever is higher.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3518/1/

Thursday, February 28, 2008

PM Yakin BN Sapu Bersih Di Jerlun

JERLUN, 27 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih kawasan Parlimen Jerlun yang turut mengandungi dua kerusi Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata sambutan dan sokongan rakyat terhadap calon bagi kerusi Parlimen Datuk Mukhriz Mahathir dan dua calon bagi kerusi negeri, Datuk Abu Hassan Sarif(Kota Siputeh) dan Datuk Osman Aziz (Ayer Hitam) meyakinkan beliau terhadap kemenangan BN di kawasan itu.

"Satu perkara yang mengembirakan apabila mendengar Menteri Besar memperkenalkan calon BN yang disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama rakyat di Dewan Orang Ramai Padang Sera dekat sini, hari ini.

Undi Calon Bukan Parti, Kata Mufti Perlis

"Saya tidak setuju mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata. Ini adalah cara fikir yang menghalang proses kemajuan negara. Akhirnya rakyat menjadi fanatik parti dan tidak menggunakan lagi akal fikiran menilai siapakah yang diundinya."

Kata-kata di atas diungkap oleh Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu wawancara khas yang disiarkan dalam laman sesawangnya Minda Mufti.

Kenyataan mufti yang sering menimbulkan perdebatan dan perbalahan di kalangan tokoh agama dan sarjana Islam termasuk berkaitan soal akidah, isu bida'ah dan fahaman mengikut mazhab yang empat, semestinya mendapat perhatian umum tetapi tidak pula dilaporkan oleh media arus perdana.

Lagi:http://www.kudaranggi.blogspot.com/


Sokongan Kaum Cina Terhadap BN Tidak Boleh Berbelah Bahagi, Kata Ong

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini berkata kaum Cina di Malaysia tidak boleh berbelah bahagi dalam menyokong Barisan Nasional (BN), bagi memastikan kesinambungan survivalnya termasuk dari segi politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Beliau berkata ia bertambah penting ketika ini semasa komuniti Cina di Malaysia berhadapan dengan masalah kadar kelahiran yang semakin menurun, yang mengurangkan jumlah mereka sedikit demi sedikit.

"Jangan percaya pembohongan yang buat oleh pembangkang kerana mereka hanya ingin memancing undi, dan kata-kata mereka ini boleh membawa kesan buruk kepada komuniti Cina," katanya semasa berucap pada majlis ulang tahun parti itu yang ke-59, di Wisma MCA di sini hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=316819

Wednesday, February 27, 2008

Malaysia PM Coalition May Lose 2/3 Majority - Anwar

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia's ruling coalition could lose its crucial two-thirds majority for the first time in 40 years in next month's election due to eroding support, opposition figure Anwar Ibrahim said on Tuesday.

The last time the multiracial coalition failed to score a two-thirds majority was in 1969. A few days after the election, the country's worst race riots erupted, killing hundreds.

"We can deny Barisan Nasional a two-thirds majority," the former deputy premier told Reuters in his office in an old bungalow in a leafy suburb just outside the capital.

He said voters were set to punish Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's administration for the rising cost of living, alleged racial discrimination and claims of judicial corruption.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3427/84/
PAS Buat Laporan Polis Isu Rafidah

IPOH, 26 Feb (Bernama) -- PAS hari ini membuat laporan polis meminta supaya dilakukan siasatan terhadap Pegawai Pilihan Raya (RO) di Parlimen Kuala Kangsar kerana menerima borang pencalonan calon Barisan Nasional (BN) yang tidak ditandatangani.

Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata parti itu mahu polis menjalankan siasatan kerana terdapat kemungkinan berlaku "penyelewengan" kerana borang pencalonan Datuk Seri Rafidah Aziz secara tiba-tiba telah ditandatangani.

Beliau berkata borang penamaan calon BN itu jelas tidak ditandatangani apabila ruangan berkenaan kosong pada borang yang dipamerkan di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar pada Ahad lepas, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto Barisan Alternatif Negeri Perak di sini hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=316563
Kelab Menteri Besar Cantas Orang-Orang Menantu PM

Mungkin ramai yang tidak perasan tetapi inilah hakikatnya. Menantu PM yang dikatakan begitu berkuasa nampaknya telah gagal menyusun beberapa orang kuatnya untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Satu persatu orang-orang menantu PM dicantas oleh "Kelab Menteri Besar". Didalam tulisan yang lalu kami menyiarkan bagaimana Wan Farid yang seharusnya menjadi Menteri Besar Terangganu dicantas oleh Idris Jusoh. Sila klik disini.

Cuba perhatikan bagaimana Norza Zakaria yang menjadi proksi menantu PM yang paling kanan gagal untuk mendapatkan mana-mana tempat untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Norza yang sebelum ini digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Melaka atau kerusi parlimen Titiwangsa tersungkur ke bumi dikerjakan oleh Ali Rustam dan Zulhasnan.

Sementara Ahmad Zaki Zahid yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang sebelum ini digembar-gemburkan akan mengambil alih kerusi Tengku Adnan hanya mampu menelan air liur sahaja.

Lagi:http://antikhairy.blogspot.com/2008/02/kelab-menteri-besar-cantas-orang-orang.html
Barisan Nasional Land Grabs

Little Bird

Friends, another major land grab is unfolding. Last week, the Gomen announced that the mouth-watering strip of land in Lembah Pantai known as University of Malaya will be redeveloped. Details are always made fuzzy in cases like this but this is the age of Islam Hadhari. So the figures must necessarily run into the billions. Over RM4 billion approximately (give or take a few hundred million) is believed to be involved in this University Malaya land grab.

Land grabs and land scams seem to be the favoured modus operandi under the Islam Hadhari administration of Abdullah Badawi.

As late as last June, the Gomen maintained that the mouth-watering strip of land in Lembah Pantai would not be redeveloped. Also, too many University Malaya alumni who occupy important positions in the country kicked up a fuss. But it looks like they are not influential anymore.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3410/1/
Tidak Telus, SPR Keluar Arahan Berbeza Dalam Dua Hari

(Harakah) - PAS Kedah menyatakan rasa kesal di atas sikap tidak konsisten Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengeluarkan arahan berbeza dalam masa dua hari sehingga menyusahkan parti-parti yang bertanding dalam urusan pencalonan pilihan raya umum ke -12

Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional malah dilihat cuba membantu memastikan kemenangan tanpa bertanding bagi pihak Barisan Nasional (BN).

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3431/84/
Muhkriz Boleh Bangunkan Jerlun Seperti Bapanya Di Kubang Pasu

AYER HITAM, 26 Feb (Bernama) -- "Kalau dia boleh bangunkan Jerlun macam Tun Dr Mahathir bangunkan Kubang Pasu kita akan pilih dia," kata Abdul Kader Malek, seorang penduduk Jerlun mengulas mengenai pencalonan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai calon BN di kawasan parlimen itu.

Katanya kawasan Parlimen itu boleh dianggap "terpencil" daripada pembangunan disebabkan masih kekurangan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas.

"Di sini masih ada lagi penduduk yang tak dapat bekalan air, elektrik dan jalan-jalan tak berturap lagi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mukhriz dianggap sebagai idealis oleh ramai penduduk dan ada yang menyamakan Mukhriz dengan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memegang parlimen Kubang Pasu selama tujuh penggal, katanya.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=316505

Tuesday, February 26, 2008

Bapa Mertua Telefon SPR Bantu Menantu...

Jika SPR tidak berat sebelah,Badrul Hisham sudah menang percuma. Menantu PM yang meletakkan tarikh semalam di borang penamaan calonnya dibantah oleh Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Pegawai SPR hampir membuat keputusan untuk menerima bantahan. Panggilan daripada PM telah menyebabkan pegawai SPR membernarkan borang penamaan calon menantu PM diluluskan.

Begitulah pilihanraya di Malaysia, baru bermula sudah bermacam-macam penipuan. Walaubagaimanapun, Anak Jati Rembau tidak akan membiarkan menantu PM untuk menang mudah.

Nantikanlah serangan kami....

Anak Jati Rembau.

Posted by Anti Khairy at 8:47 PM Sunday, February 24, 2008

http://antikhairy.blogspot.com/2008/02/bapa-mertua-telefon-spr-bantu-menantu.html

P131 Rembau: "Saya Mahu Hentikan Pembentukan Dinasti Abdullah-Khairy"

Badrul Hisham Shaharin

Semalam di beberapa media utama yang dikuasai Umno/BN atau atau jaringan korporat kapitalisnya Khairy telah menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada 'cheguBard' malah tidak kenal akan siapa 'cheguBard'?

Beliau juga mengatakan bahawa beliau langsung tidak peduli akan cabaran untuk mengekori beliau dan menyatakan "Saya tak kisah... kalau saya tidak bertanding dia kena ikut tak bertandinglah"

Semalam juga saya dihubungi beberapa wartawan untuk meminta respon saya mengenai perkara tersebut. Saya menyatakan memang saya tidak popular seperti Khairy.

Kerana saya bukan menantu Perdana Menteri, saya tidak terpalit dengan tuduhan dan pendedahan keterlibatan sebagai agen asing (menggadaikan kedaulatan negara), saya bukan jutawan muda yang mengumpul harta dalam sekelip mata kerana sijil nikah saya.

Kepada Khairy saya sekali lagi dengan rasa keinsafan dan menyedari betapa beliau yang bukan punya jawatan dalam kerajaan dan dengan hanya berbekal sijil nikah beliau memanjat tangga kuasa, ayuh jangan cakap besar turun ke pentas PRU ke 12 ini. Anak Rembau amat-amat menantimu.

Lagi:http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=373&Itemid=84
Abdullah Lancar Manifesto BN Jamin Negara Selamat, Aman Dan Makmur

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional bagi pilihan raya umum ini yang mengandungi misi dan visi jelas untuk membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Sebanyak lapan perkara menjadi tunjang dan ikrar manifesto kali ini, bertemakan Selamat, Aman dan Makmur, yang disertakan dengan laporan kemajuan yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN sepanjang 2004 hingga tahun 2007.

Kelapan-lapan perkara berkenaan ialah ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, undang-undang dan keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan dan dasar luar negara.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=316313

BN Janji Kerja Bersama Rakyat, Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Dengan memberikan komitmen bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus bekerja bersama rakyat, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata semua janji BN adalah realistik dan bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata janji-janji BN dibuat berdasarkan kesedaran dan komitmen untuk melaksanakannya dan bukan sekadar membuat janji kosong seperti yang ditaburkan oleh parti pembangkang yang terdesak. "Kita janji akan terus kerja bersama rakyat.

Kita janji akan belanja dan urus kewangan negara dengan berhemah," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini ketika melancarkan Manifesto dan Laporan Kemajuan BN bagi tempoh 2004-2007.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=316335

Monday, February 25, 2008

Selepas Gagal Empat Kali, Nenek 89 Tahun Diterima Sebagai Calon

KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Bernama) -- Hasrat seorang nenek, Maimun Yusof, 89, untuk menjadi calon akhirnya tercapai apabila diterima untuk bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac ini, selepas gagal berbuat demikian sejak empat pilihan raya lepas.

Ini kerana, sejak tempoh tersebut, kertas pencalonannya ditolak oleh Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memenuhi syarat.

Nasibnya baik kali ini, apabila SPR menerima pencalonannya dan mengesahkan beliau bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_list.php?cat=am&page=2
PM Janji Kabinet Terbaik

KEPALA BATAS 24 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan menubuhkan barisan Kabinet yang terbaik dengan gabungan muka lama dan baru sekiranya Barisan Nasional (BN) diberikan mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menurut Perdana Menteri, untuk tujuan itu semua calon BN yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum kali ini merupakan calon yang sebaik-baiknya dan telah melalui proses siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), mahkamah serta Jabatan Insolvensi.

Abdullah berkata, sebelum pilihan raya BN telah memastikan semuanya diatur dengan baik dengan calon yang dipilih dipastikan melalui siasatan dengan badan-badan berkenaan.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Dissension in Barisan, Discipline in Opposition

THE hump of Nomination Day over yesterday, the mammoth Barisan Nasional (BN) ruling vehicle is vulnerable on several fronts in the days leading up to Polling Day on March 8.

The rough behind-the-scenes manoeuvrings in the run-up to the nomination of candidates have revealed that the formidable BN machinery is showing signs of stress.

Unless these strains are managed carefully in the next 12 days of campaigning, any hefty electoral gains that Prime Minister Abdullah Badawi is hoping to secure will be reduced sharply.

In the coming days, the main task for Datuk Seri Abdullah will be to soothe the wounds within his own Umno party, which is still smarting from a bruising selection process for candidates.

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3348/84/
Lagi Kes Salah Urus Tadbir, Kerajaan Rugi RM 4 Billion

Kota Bharu: 23 Feb – Kerajaan Pusat sekali lagi melakukan kesilapan dalam hal urus tadbir dan kewangan negara, apabila penganugerahan semula projek landasan berkembar Ipoh-Padang besar telah menyaksikan peningkatan kos hampir separuh dari harga asal.

Menurut sumber Utusan Malaysia, kos asal RM 8 billion telah meningkat kepada RM 12.5 billion sekali gus menyaksikan peningkatan kos hampir RM 5 billion. Jika projek ini diteruskan semasa mula-mula ia dicadangkan sudah pasti peningkatan kos yang ketara ini dapat dibendung.

Menurut Husam, pada tahun 2004 Perdana Menteri, dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membatalkan projek ini dan pada waktu itu kos 4 bilion lebih rendah dari kos sekarang yang diperbaharaui.

Sunday, February 24, 2008

Jangan Berpecah Hanya Kerana Pemilihan Calon, Kata PM

PULAU PINANG, 23 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak berpecah-belah hanya kerana tidak berpuas hati dengan calon-calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Perdana Menteri berkata, semua anggota parti harus faham bahawa akan tiba masanya perubahan perlu dilakukan dan berharap isu pemilihan calon tidak akan menjejas persiapan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya itu.

"Sudah tentu kita tidak mahu melihat perpecahan berlaku di dalam parti," katanya pada persidangan akhbar selepas melancarkan Karnival Rukun Negara di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), di sini hari ini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315864
Tiada Ruang Untuk Pembuat Kacau

KUALA LUMPUR, Feb 23 (Bernama) -- Kurang dari 24 jam sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum 8 Mac ini, polis memberi amaran tidak akan memberi ruang kepada golongan pembuat kacau.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beribu-ribu anggota polis akan ditugaskan 24 jam semasa penamaan calon esok, terutama di kawasan yang dikategorikan sebagai "kawasan panas".

"Kami tidak akan bertoleransi dengan pembuat kacau dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka. Hanya ini amaran saya...patuhi undang-undang atau dikenakan tindakan.”

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315891
BN Johor Yakin Sapu Bersih

JOHOR BAHARU, 23 Feb (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Abdul Ghani Othman yakin barisan baru calon-calon yang diumumkannya hari ini mampu meletakkan parti pemerintah pada kedudukan yang lebih baik untuk menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan di Johor pada pilihan raya 8 Mac ini.

"BN Johor memiliki rekod yang cukup cemerlang pada pilihan raya lepas. Kami yakin mampu mengulangi kejayaan itu pada pilihan raya ini," katanya pada persidangan akhbar selepas mengumumkan senarai nama calon di kediamannya di sini hari ini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315835

Saturday, February 23, 2008

Abdul Ghani Dan Mohamed Khaled Kekal Di Kerusi Masing-masing

JOHOR BAHARU, 23 Feb (Bernama) -- Segala spekulasi tentang kedudukan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman terjawab hari ini, apabila beliau kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom dan dijangka mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar untuk penggal keempat.

Ketika mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-12 di kediaman rasminya di sini, beliau berkata, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Gudang.

"Kesemua senarai calon-calon pilihan raya Barisan Nasional Johor ini telah diputuskan oleh Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ia merupakan satu amanah," katanya.

Abdul Ghani turut mengumumkan pencalonan Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad untuk bertanding di kerusi Parlimen Parit Sulong, menggantikan Syed Hood Syed Idrus yang digugurkan.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315773
Mukriz Dapat Restu Tun Dr Mahathir Tapi Diingatkan Perlu Menang Dengan Usaha Sendiri

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata anaknya, Datuk Mukhriz mendapat restu beliau untuk bertanding pada pilihan raya 8 Mac ini, namun mengingatkan bahawa beliau (Mukhriz) perlu memenangi kerusi Parlimen Jerlun menerusi hasil usaha sendiri.

Beliau yang menasihatkan anaknya untuk sentiasa bekerja keras dan serius sebagai calon, turut berkata bahawa beliau tidak akan membantu berkempen untuk Mukhriz.

"Tidak, saya tidak akan berkempen. Saya cuma berikan restu saya untuk dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu seminar berhubung remaja di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315798
Saya Akan Terus Jadi MB Perlis, Kata Shahidan

PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang dan akan kekal menjadi menteri besar jika menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

"Saya masih Menteri Besar Perlis, bagi kerusi yang sama. Sahih. "Ya. Saya akan bertanding bagi (kerusi) DUN yang sama dan terus menjadi Menteri Besar Perlis," kata Shahidan kepada pemberita sambil menadah kedua-dua tangan ke langit selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini hari ini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315549

Malaysian Election Reform Activists Threaten Mass Rally

KUALA TERENGGANU, Malaysia (AFP) - Malaysian activists have accused electoral authorities of dirty tricks ahead of March 8 polls and are threatening to hold a mass rally in Kuala Lumpur in protest.

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) which last November gathered some 30,000 people in the capital to demand reforms, slammed last-minute changes to electoral rules ahead of nomination day Sunday.

They said that opposition candidates, particularly in northern states where Friday and Saturday are holidays, could be disqualified by a rule announced Thursday that they must pay stamp duty on their applications to contest.

"How are opposition candidates in states like Kedah, Kelantan and Terengganu supposed to get the stamps especially when Friday and Saturday is the weekend here?" BERSIH organiser Mohammad Sabu told a crowd of 5,000 supporters.

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3273/84/
Malaysia's PAS Warns Of Tension Ahead Of Polls

KUALA TERENGGANU – Reuters/AFP: MALAYSIA's Islamic opposition party has warned its supporters could 'run amok' if the election authorities block its candidates from standing in next month's general election.

Saying that Malaysia should avoid post-election violence that gripped Kenya, leaders of Parti Islam se-Malaysia (PAS) told a rally late on Friday that the March 8 election could turn into one of the country's dirtiest.

'We anticipate this election will not be free and fair,' party leader Syed Azman Syed Ahmad told the 5,000-strong rally in Kuala Terengganu, the northeastern city that saw a violent anti-government protest last September. - Straits Times

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3267/84/

Friday, February 22, 2008

Amaran Buat Rakyat Malaysia

Selepas pilihan raya ini maka kita akan saksikan pembentukan kerajaan baru. Kalau dahulu pilihan raya ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Barisan Nasional tetapi kali ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Khairy dan sekutunya memerintah Malaysia. Kerajaan Baru ini akan terdiri dari kroni-kroni Khairy Jamaluddin dan UMNO patut sedar bahawa keadaan ini pasti akan berlaku.

Pilihan raya ini akan menyaksikan ramai orang Khairy yang akan bertanding dan akan membentuk kepimpinan baru di peringkat bahagian kelak. Ini sebenarnya menjurus kepada pembentukan kerajaan baru yang akan dipimpin oleh orang-orang Khairy.

Percayalah orang-orang Khairy akan menjadi mata dan telinga beliau di setiap negeri dan akan mengambil alih kepimpinan daripada pemimpin yang sedia ada. Inilah yang akan membentuk kerajaan baru Khairy Jamaluddin yang sebenarnya tidak akan membawa apa-apa manfaat selain dari kuasa yang ada dibolot oleh Khairy dalam perancangannya untuk mengambil alih Malaysia.

Lagi:http://antikhairy.blogspot.com/2008/02/amaran-buat-malaysia.html

Abdullah Beri Kad Laporan Kerajaan Kepada Rakyat

PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) -- Setelah wakil rakyat Barisan Nasional memberi kad laporan mereka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini Perdana Menteri memberikan kad laporan kerajaan pula kepada rakyat mengenai kejayaan negara sejak 2004 hingga 2007.

Abdullah hari ini berkata beliau bertanggungjawab untuk memberi kad laporan itu kepada rakyat.

"Anggota Parlimen kena beri report card kepada saya. Saya sebagai Perdana Menteri sebuah kerajaan yang diwujudkan dengan sokongan dan kehendak rakyat bertanggungjawab memberi report card tentang kemajuan yang dicapai oleh negara dari 2004 hingga 2007," katanya.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315352
Radio Poll Gives Thumbs Up To Blogs

“Would negative comments in blogs jeopardise (mengganggu-gugat) the democratic process?” That was the day's question for the daily poll over Radio 24 on 20 February. Eighty per cent of the respondents disagreed as they said blogs acted as a good check and balance, viewers could make their own decisions after visiting different blogs and that blogging was relevant to the democratisation process.

One respondent said some of the criticisms in the blogs could be constructive and likened them to the role of the opposition parties in checking the government. Kudos Radio 24 for broadcasting the results of the poll and the reasons that obviously give a fresh perspective to the antagonism against bloggers expressed by many Barisan Nasional leaders, including the outgoing minister of information, who has control over Radio 24 as well. The latest is a statement by the outgoing minister of culture, arts and heritage, Rais Yatim, that being critical of the government is not Malaysian culture. Of the 20 per cent who responded in the affirmative to the poll question, one of the respondents said blogs had the potential to affect unity. The results of the daily polls are announced at 6.35pm. Our note: we wonder how many people responded to the poll, but the obvious choice of answer is encouraging!

http://www.aliran.com/elections/2008/02/radio-poll-give-thumbs-up-to-blogs.html

Election 2008: Pas Breaks Own Taboo To field First Non-Muslim Candidate

KUMUTHA Rahman looked nervous as pressmen, armed with notebooks and recorders, jostled through the crowd for an interview with her.

The 29-year-old law graduate, who had just been named as the first non-Muslim candidate to be fielded by Pas, listened attentively to the questions hurled at her when Johor Pas announced their candidates at their headquarters in Batu Pahat.

She is contesting the Tiram state seat. But knowing the realities perhaps, Pas is fielding her under the Parti Keadilan Rakyat symbol based on the electoral pact the two parties have entered into.

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3174/84/

Takutkan ’Silent Protest’ di Rembau, Khairy Mungkin Ke Putrajaya?

(Harakah) - Tinggal tiga hari sahaja lagi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 akan berjalan, seluruh negara tertumpu kepada tarikh 24 Februari 2008 untuk mengetahui siapa lawan siapa di beberapa tempat hangat terutamanya di Semenanjung.

Antara tempat tumpuan, Parlimen Rembau, Putrajaya, Jeli, Kota Bharu, Pasir Mas, Padang Besar, Arau, Singai Siput, Kepala Batas, Marang, Kuala Terengganu, Shah Alam dan Gombak.

Namun sebelum ini banyak mata tertumpu kepada laporan di mana menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin akan bertanding.Seawal gendang pilihan raya berbunyi ketika parlimen dibubarkan, Khairy diuar-uarkan akan bertanding di Parlimen Rembau.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3153/84/
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3149/84/
Abdullah Terpaksa Bersengkang Mata

PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau terpaksa bersengkang mata sehingga pukul 1 pagi semalam bagi menimbang senarai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya umum ini.

Katanya beliau menimbang cadangan senarai calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikemukakan oleh pengerusi-pengerusi BN negeri di samping menemui pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

"Ia ambil masa lama. Belum selesai lagi," katanya di majlis Perhimpunan Setiakawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bersama Perdana Menteri di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini.

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315400

Thursday, February 21, 2008

Calon PRU 12 Pilihan Khairy?

Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, dipercayai mempengerusikan jawatankuasa penilai calon-calon Parlimen dan DUN bagi PRU12. Demikian menurut Datuk Kamal Amir dalam tulisan terbarunya di Malaysia Today 18 Februari 2008.

Lain-lain anggota jawatankuasa tersebut, kata Kamal, adalah Datuk Panglima Anwar Zaini (Pengerusi Bernama), Datuk Shagul Hamid (Ketua Pengarah Biro Tata Negara), Datuk Kalimullah Hassan (Timbalan Pengerusi NST), Vincent Lim (Tingkat 4) dan Kamaluddin Abdullah (anak Perdana Menteri).

Lagi: http://kuda-kepang.blogspot.com
Suara Eksklusif:
Ghani Kekal MB Johor?

Dato’ Haji Abdul Ghani Othman mungkin dikekalkan sebagai Menteri Besar Johor, demikian sumber-sumber politik di Johor Bahru memberitahu Suara lewat malam ini.

Kemungkinan ini mematikan spekulasi bahawa Ghani akan diketengahkan bertanding kerusi Parlimen dan jawatan MB Johor digantikan oleh muka baru. Antara nama yang diura-urakan menggantikan beliau termasuk Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Mohd. Ali Hassan.

Bagaimanapun, calon-calon PRU 12 bagi Negeri Johor akan hanya diumumkan esok pagi.
Suara Eksklusif:
Zakaria Deros Digugurkan

ADUN Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Deros, adalah antara 14 ADUN Selangor yang digugurkan dari senarai calon PRU 12. Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsudin, adalah antara tujuh Ahli Parlimen yang tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya kali ini.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, dijangka bertanding di kawasan Parlimen Kuala Selangor. Demikian sumber-sumber memberitahu Suara hari ini.

Pengguguran Zakaria dan pencalonan Muhamad mengakhiri spekulasi selama ini. Zakaria menarik perhatian umum bila beliau membina sebuah “mahligai” berjuta ringit di kawasan rumah murah di Pelabuhan Klang.

Mukhriz Kononnya Terima Hampir '100 Peratus' Sokongan Bertanding Di Langkawi

LANGKAWI, 21 Feb (Bernama) -- Sokongan kepada anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum 8 Mac ini "hampir mencapai 100 peratus", demikian menurut Pengerusi Tetap Umno Bahagian Langkawi Johari Bulat.

Katanya beliau "tidak putus-putus" menerima panggilan telefon hari ini daripada ketua-ketua cawangan Umno dan anggota parti komponen Barisan Nasional yang menyokong Mukhriz bertanding di Langkawi.

"Walaupun mereka menghubungi saya secara individu ia tetap perkembangan baik selepas 33 daripada 91 ketua cawangan di Langkawi menyatakan pendirian secara terbuka semalam menyokong pencalonan Mukhriz," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314998
BN Tidak Yakin Mampu Rampas Kelantan

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - Tanpa rasa malu BN terus menggunakan media arus perdana untuk meracuni fikiran rakyat supaya terpengaruh dengan dakyah atau fitnah yang dilemparkan terhadap pimpinan PAS.

Bermula dengan pembubaran parlimen 13 Februari lalu, siaran TV khususnya RTM 1 dan 2 terus memainkan isu kemiskinan dan jenayah yang melanda rakyat Kelantan dan diulang tayang sehari lebih lima kali.

Mengulas tindakan dangkal BN itu, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman yakin dalam pilihan raya ke-12 mood rakyat akan berada dalam keadaan lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 2004.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3097/84/
Azizah Akan Beri Laluan Kepada Anwar di Permatang Pauh

Presiden Keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum 8 Mac depan, membayangkan beliau akan mengosongkan kerusi parlimen berkenaan sebaik dipilih semula sebagai wakil rakyat bagi penggal ketiga berturut-turut.

Menurut Azizah tindakan itu bagi membolehkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil selepas itu.

Bercakap pada sidang media di Seberang Jaya, baru-baru ini, Azizah berkata Anwar lebih layak memikul amanah itu, bagaimanapun parti tersebut perlu memastikan kemenangan beliau terlebih dahulu.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3086/84/

Wednesday, February 20, 2008

Calon Belum Muktamad -- Saya Yang Tentukan Siapa Bertanding Dan Kerusi Mana – Abdullah

SUBANG 18 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, senarai calon yang dikemukakan oleh negeri-negeri dan parti komponen untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 tidak boleh dianggap muktamad.

Ini kerana Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, keputusan akhir mengenai siapa calon yang akan bertanding dan di kawasan mana mereka diletakkan akan ditentukan oleh beliau sendiri.

Setakat ini, menurut Perdana Menteri, beliau belum memutuskan senarai akhir calon itu.

‘‘Belum lagi. Jadi sebarang kenyataan yang dibuat oleh sesiapa pun mengenai pencalonan tidak boleh diterima sebagai muktamad,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kampus induk Kolej SEGi di Kota Damansara di sini hari ini.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Hentam Kerajaan Dalam Blog Bukan Budaya Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penulis blog perlu menilai diri sendiri sebelum mahu menghidupkan budaya mencemuh orang lain di negara ini.

Katanya walaupun budaya menghentam kerajaan dalam laman blog adalah antara cabaran yang dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum, ia bukanlah budaya BN dalam berkempen dan memenangi pilihan raya.

"Mereka menghentam Perdana Menteri, menteri dan anggota pentadbiran tetapi yang mereka tak hentam adalah diri mereka sendiri. Dalam peribahasa Melayu kita menunjuk jari telunjuk ke depan, ibu jari menunjuk ke dada.

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314923
BPR Pantau Pilihan Raya

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini meminta semua pihak supaya mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 terutama berkaitan larangan memberi rasuah sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-12.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, BPR memberitahu, ahli politik atau orang ramai yang melanggar akta tersebut boleh juga didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm

Sokongan Pengundi Muda

Seorang kenalan yang cukup dikenali sebagai seorang penganalisis politik yang kritis memberitahu kemenangan sesebuah parti sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kali ini amat bergantung kepada calon.

Walaupun umum mengetahui faktor kekuatan parti penting, pemilihan calon kurang tepat katanya boleh menyebabkan kekalahan.

Mesej beliau jelas iaitu pengundi sekarang lebih bermaklumat, lebih kritikal, tidak mudah dimomokkan dengan kempen-kempen yang bersifat retorik terutama di kalangan pengundi-pengundi muda.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Khairy Sekat Mukhriz Bertanding di Langkawi?

(Harakah) - Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang didakwa sebilangan anggota Umno mempunyai 'super power' dikhabarkan berusaha menyekat Dato' Mukhriz Mahathir menjadi calon bagi kerusi Parlimen Langkawi.

Semalam Bernama melaporkan Setiausaha Umno Bahagian itu, Mohd Saiful Mustafa mengeluarkan kenyataan menolak Mukhriz yang disifatkan 'calon dari luar'.

Saiful dilaporkan sebagai berkata, Mukhriz, anak bongsu Tun Dr Mahathir Mohamad bukan anak tempatan Langkawi dan tidak menganggotai Jawatankuasa Umno Bahagian itu.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3050/84/


Who's Out To "Kill" Mukhriz?

Langkawi in a fix. Is someone in Langkawi Umno trying to shut out Mukhriz Mahathir from contesting in the General Election? Blogger Big Dog says this is the case. The statement made by Langkawi Umno secretary Mohd Saiful Mustaffa that the division does not want "outsiders" to contest is not true, according to the blogger.
Mohd Saiful claimed that 85 out of 91 branches in Langkawi have said NO to Mukhriz contesting in Langkawi.

Lagi:http://rockybru.blogspot.com/2008/02/whos-out-to-kill-mukhriz.html
Antara Tunggul, Kayu Jati Dan Buluh Muda

Dewasa ini negara dilanda pelbagai spekulasi yang lazim berlaku menjelang pilihanraya. Ada generasi tua yang dipinta malah bersedia berundur bagi memberi jalan kepada generasi muda. Ada yang telah lanjut umur namun ternyata masih berwibawa dan harus dikekalkan. Ada anak muda yang tidak segan-segan menawarkan diri untuk dipertimbangkan sebagai calon wakil rakyat.

Malangnya ada juga segolongan yang masih ingin kekal abadi dalam kedudukan enak sebagai wakil rakyat, terutama sekali di kawasan-kawasan parlimen atau DUN yang dikira 'selamat' oleh parti. Ini walaupun mungkin dari pelbagai segi, mereka ternyata sudah 'tamat tempoh' perkhidmatan. Contoh terulung di antara golongan 'tamat tempoh' adalah Datuk Paduka Abu Bakar Taib, ahli Parlimen Langkawi.

Lagi:http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/02/antara-tunggul-kayu-jati-dan-buluh-muda.html

Anwar Menuduh Najib Rasuah RM940 Juta
Manakala Abdullah Dikecuali Dari Kritikan

Dato Seri Anwar Ibrahim menuduh Dato Seri Najib mengambil rasuah sejumlah RM940 juta dari pembelian kapal selam dan kapalterbang pejuang dalam ceramah Barisan Alternatif di AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur malam tadi.

Ceramah Barisan Alternatif malam tadi dihadiri hampir 10,000 penyokong-penyokong Barisan Alternatif dan pendudok kawasan Parlimen Ampang, Gombak dan Setiawangsa yang ingin tahu.

Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat merangkap YDP PAS Gombak mengatakan jumlah hadhirin menyerupai ceramah di tempat yang sama sepuloh tahun dahulu. Ceramah pada masa itu adalah sebelum perarakan hari sabtu yang ingin menyerahkan memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk menuntut penyiasatan keracunan arsenik terhadap Anwar.

Lagi:http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/02/anwar-menuduh-najib-rasuah-rm940-juta.html

Tuesday, February 19, 2008

Tengku Razaleigh Dicalon Kekal Di Gua Musang

KOTA BHARU 17 Feb. – Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan Barisan Nasional (BN) Kelantan antara 16 muka lama yang dicalonkan untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ini.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata berdasarkan kepada pengaruh Tengku Razaleigh di Gua Musang, bekas presiden Semangat 46 itu terus dicalonkan bagi Parlimen itu.

“Ya, BN Kelantan telah mencalonkan Tengku Razaleigh untuk terus kekal bertanding di Gua Musang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengarah DUN BN di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini. - Bernama

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2008&y=2008&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm
Pak Lah Will Still Get His 2/3 Majority Come March 8

Datuk Rejal Arbee

Grievances and complaints notwithstanding Pa’ will still get his 2/3 majority
The announcement of the dissolution of Parliament by the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi on Wednesday Feb 13 with polling being fixed on March 8 by the Election Commission ends weeks of speculation of the impending general elections. Nomination is fixed for Feb 24 thereby giving political parties 13 days of official campaigning more than what many had expected.

In fact preceding the announcement government leaders had already been going round the country giving out largesse to almost everybody. In certain places in Shah Alam areas near the flats in Section 16 and certain parts of Section 7 the blue dacing flags had already been put up and plastered everywhere since four or five days before Parliament’s dissolution.

More:http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6197
Pas Buka Laluan Badrul Lawan Khairy

KOTA BHARU 17 Feb. - Pas akan memberi laluan kepada ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin untuk menentang Khairy Jamaluddin jika Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya tidak akan mempunyai masalah berhubung pencalonan Badrul di mana sahaja jika Khairy disahkan bertanding kelak.

"Jika Khairy bertanding di Kelantan sekalipun, kita akan beri laluan tetapi saya percaya ia tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2008&y=2008&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm



Dekati Kecenderungan Pengundi Muda

Banyak pihak yang membangkitkan kemungkinan pilihan raya ini menjadi medan parti politik ‘memikat generasi muda’. Mengikut data, kohort orang muda ini nampak sangat besar dan berpengaruh.

Bagaimanapun, sebesar mana sekalipun kumpulan yang ada – tetapi jika kumpulan yang ‘sedar dan menghargai undi’ masih kecil; ia tidak akan mampu diterjemahkan dalam bentuk yang diharapkan.

Tidak banyak kajian yang dilakukan untuk mengkaji dan menyelidik ‘kecenderungan’ generasi muda. Kalau pun ada, ia dilakukan oleh Merdeka Centre for Opinion Research pada Ogos/September 2007 yang lalu. Seramai 1,508 responden belia (antara 20 - 35 tahun) ditemu bual. Apa yang dikatakan ‘Kaji Selidik Golongan Muda 2007: Perspektif Terhadap Penglibatan Sosial, Politik dan Isu-Isu Semasa’ bolehlah dijadikan asas kepada ‘rentak undi belia’ dalam pilihan raya kali ini. – Khairuddin Mohd. Zain, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
PAS, PKR Focus On Youths In Polls

KUALA LUMPUR (Feb 18, 2008): PAS is eying the support of youths to steer its party into the future by fielding 18 of its 25 Youth exco members.

PAS Youth chief Salahuddin Ayub told a press conference today half of the party candidates will be leaders aged below 40. - Sun

More:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2991/46/
Nombor Siri Pada Kertas Undi

Nombor siri pada kertas undi dan juga kertas salinan dalam buku daftar pemilih masih dicetak pada pilihan raya umum ke-12 bagi menjamin ketelusan proses mengundi, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.

Beliau berkata, bagi merahsiakan dan melindungi identiti pengundi pula, pihak SPR membuat satu pembaharuan apabila tidak lagi menulis nombor siri pemilih di atas keratan kertas salinan dalam buku kertas undi. – Utusan Malaysia

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2984/46/

Monday, February 18, 2008

Tengku Razaleigh Hamzah Gugur Dari Calon BN?

(Harakah) - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dijangka digugurkan dari senarai calon Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Sumber yang rapat dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa memberitahu, dalam senarai yang dihantar kepada Presiden Umno, nama Tengku Razaleigh tidak disenaraikan.

Kelazimannya Perhubungan Umno Kelantan akan membincangkan senarai calon-calon yang diangkat oleh Umno Bahagian, bagaimanapun kali ini tiada langsung perbincangan mengenai calon.

"Yang kita tahu, hanya pengumuman Annuar yang mengatakan senarai calon BN Kelantan sudah disubmit kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Bila mesyuarat pun kita tak tahu," kata seorang Ketua Bahagian yang namanya bakal digugurkan.

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2928/46/
Ekonomi Negara Kukuh Dan Berkembang Dengan Baik - PM

PULAU PINANG, 17 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh dan berkembang dengan baik hasil perancangan terperinci kerajaan.

Beliau berkata perkara itu disokong oleh data statistik dan diperakui oleh pemimpin-pemimpin industri dunia yang kagum dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Katanya nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada RM427 bilion pada tahun 2004 kepada RM504 bilion akhir tahun lalu manakala nilai perdagangan antarabangsa turut mencatat pertumbuhan yang baik iaitu daripada RM881 bilion kepada RM1.16 trillion bagi tempoh yang sama.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314381
PM: Kerajaan Tidak Bohong Ekonomi Negara Semakin Kukuh

PULAU PINANG 17 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak membohongi rakyat apabila memperkatakan mengenai pembangunan ekonomi negara yang semakin kukuh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini berdasarkan kepada statistik badan dunia dan disokong oleh pemimpin-pemimpin industri yang kagum dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurutnya, mengikut laporan itu, pencapaian ekonomi negara semakin meningkat dan berada di kedudukan keenam di belakang kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat (AS), China, United Kingdom, Jerman serta India.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
Parti Komponen BN Dinasihati Tidak Guna Harta Kerajaan Semasa Kempen

KANGAR, 17 Feb (Bernama) -- Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihati tidak menggunakan kemudahan kerajaan termasuk bangunan awam dan khemah sepanjang kempen pilihan raya umum ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, jika terpaksa menggunakannya, parti terbabit perlu mengemukakan permohonan untuk menyewanya dan jika dibenarkan untuk sewaan, ia boleh digunakan. Menurutnya, BN perlu berhati-hati bagi mengelakkan pelbagai masalah yang akan berbangkit akibat penggunaan harta kerajaan.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314383
Pas Ketengah Hampir 50% Muka Baru

KEPALA BATAS 16 Feb. - Pas sudah memuktamadkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini dengan hampir 50 peratus adalah muka baru.

Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa berkata, senarai akhir calon parti itu yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini sudah diputuskan dalam mesyuarat akhir Jawatankuasa Pas Pusat semalam.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2008&y=2008&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm

Sunday, February 17, 2008

BN Ada Banyak Bukti Kejayaan, Kata Abdullah

SUNGAI PETANI, 16 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai banyak bukti kejayaannya sejak mentadbir negara ini terutama sejak 2004.

Perdana Menteri berkata, selain kejayaan dalam membangunkan negara, BN juga telah membuktikan keupayaannya membentuk sebuah kerajaan yang dikongsi oleh pelbagai kaum dengan cemerlang dan harmoni.

"Negara yang berbilang kaum memerlukan pemimpin yang bekerjasama di kalangan pelbagai kaum," katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat Kedah bersama Perdana Menteri di Taman Ria Jaya di sini hari ini. Katanya, apa yang dicapai oleh negara hari ini memberi erti yang besar kepada kemerdekaan negara.

Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata, beliau boleh menangguhkan pilihan raya sehingga tahun depan namun keyakinan rakyat terhadap prestasi BN membolehkan parlimen dibubarkan setahun lebih awal.

Katanya pencapaian gemilang negara termasuk menyemarakkan ekonomi dengan nilai perdagangan telah meningkat sebanyak 32 peratus kepada RM1.16 trilion tahun lalu berbanding RM881 bilion pada 2004. Bagi tempoh yang sama juga pendapatan isi rumah meningkat daripada RM3,259 kepada RM3,669 yang membuktikan taraf hidup rakyat juga bertambah baik. Perdana Menteri juga berkata bahawa kenaikan harga minyak yang menimbulkan kebimbangan orang ramai patut dilihat secara positif.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314316
Hampir 40 Muka Lama MCA Digugurkan

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Hampir 40 muka lama MCA yang kini menyandang kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri dipercayai akan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum ini bagi memberi laluan kepada muka-muka baru.

Menurut sumber dalaman parti itu keputusan drastik itu diputuskan melalui satu perbincangan hari ini di kalangan pemimpin utama parti itu bersama-sama Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Sumber berkenaan berkata mereka yang digugurkan itu telah dimaklumkan melalui telefon berhubung keputusan pucuk pimpinan oleh Ong sendiri yang meminta mereka menghormati keputuan tersebut bagi kepentingan bersama.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314350
Hampir 40 Muka Lama MCA Digugurkan

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Hampir 40 muka lama MCA yang kini menyandang kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri dipercayai akan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum ini bagi memberi laluan kepada muka-muka baru.

Menurut sumber dalaman parti itu keputusan drastik itu diputuskan melalui satu perbincangan hari ini di kalangan pemimpin utama parti itu bersama-sama Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Sumber berkenaan berkata mereka yang digugurkan itu telah dimaklumkan melalui telefon berhubung keputusan pucuk pimpinan oleh Ong sendiri yang meminta mereka menghormati keputuan tersebut bagi kepentingan bersama.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314350
Tunggul Kayu, Kenyataan Mahathir Dan Pendapat Terbaru Khir Toyo….

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati rakyat Malaysia supaya berfikir dengan penuh hikmah sebelum mengundi BN dalam PRU12. Kata Tun Mahathir, sekiranya calon itu hanya “tunggul kayu” dan rasuah “rakyat tidak sepatutnya mengundi mereka sekalipun mereka mewakili BN.”

Kenyataan Mahathir disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai menghasut. Sebenarnya, kenyataan itu berasaskan maklumat yang sampai ke telinga Mahathir. Contohnya adalah seperti di bawah ini

Lagi: http://kuda-kepang.blogspot.com/
Sembilan Peserta Hindraf Direman Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Sembilan daripada 160 peserta yang ditahan menyertai perhimpunan anjuran badan tidak berdaftar, Hindraf pagi tadi akan direman mulai esok, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata lapan daripada mereka adalah lelaki dan seorang wanita, sementara seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun pula dibebaskan selepas dokumentasinya diambil.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314352

Saturday, February 16, 2008

DVD Skandal Seks

Ramai yang bertanya bila DVD Skandal Seks yang kami terima akan diedarkan. Kami faham ramai yang mahukan DVD tersebut.

Kami memohon semua pembaca bersabar kerana langkah yang kami ambil ini adalah bahaya dan mungkin akan menyebabkan kami kehilangan nyawa kami sendiri.

Oleh sebab itu kami berhati-hati dan menunggu waktu dan ketika yang tepat untuk menghebahkannya.

Harap bersabar.

Anak Jati Rembau.

Posted by Anti Khairy at 9:38 PM

http://antikhairy.blogspot.com/2008/02/dvd-skandal-seks.html
Pilihan Raya Umum Yang Mencabar

A Kadir Jasin

KETIKA mengumumkan pembubaran Parlimen pada jam 12.35 tengah hari tadi, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melafazkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan kelebihan suara dua pertiga di Parlimen.

Ramalan Perdana Menteri itu mungkin tidak keterlaluan walaupun agak menjurus kepada optimisme.

Untuk mengekalkan kedudukan itu, BN perlu menang 146 daripada 219 kerusi. Dalam PRU 2004, BN menang 199 kerusi berbanding 20 oleh pembangkang – 12 DAP, enam Pas, satu Keadilan dan satu calon bebas.

Lagi: http://www.kadirjasin.blogspot.com/

Jangan Lupa Kuasa Politik Melayu

Analisis prapilihan raya pada tahun ini amat menarik sekali. Apakah akan ada vote swing di saat-saat akhir? Apakah akan ada undi protes akibat tidak puas hati dengan calon parti?

Apakah akan ada sentimen perkauman melampau yang boleh menyebabkan sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sering bergantung kepada undi kaum lain akan hilang langsung wakil di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri?

Hakikatnya sudah ada sindrom yang terlupa bahawa kuasa politik negara masih dan tetap kekal di tangan orang Melayu.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Pengundi Yang Berdaftar Sebelum 1 Jan 2008 Saja Layak Mengundi

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Hanya mereka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih atau pemilih yang membuat pertukaran alamat sehingga 31 Disember tahun lalu sahaja boleh mengundi pada pilihan raya kali ini, kata Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor hari ini.

Beliau berkata ini berikutan keputusan SPR menggunakan daftar pemilih induk 2007 yang diwartakan pada 5 Feb tahun ini untuk tujuan pilihan raya dan yang membolehkan 10.9 juta pemilih layak mengundi.

"Mereka yang mendaftar pada 1 Jan tahun ini dan seterusnya adalah tidak layak untuk mengundi," katanya.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314190

Friday, February 15, 2008

Suara Eksklusif:
Abdullah Mengadap DYMM Sultan Johor:
Bakal MB Baru Seorang Veteran UMNO

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini tergesa-gesa terbang ke Johor Bahru untuk mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serena, dipercayai untuk membereskan soal pencalonan bakal MB Johor selepas PRU12. Demikian sumber-sumber ibu pejabat UMNO Malaysia memberitahu Suara tengahari tadi.

Sebelum itu, Abdullah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan kemudiannya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Sumber-sumber di Johor Bahru pula memberitahu Suara, Abdullah diperkenan mengadap DYMM Sultan Iskandar lebih kurang satu jam mulai 3.30 petang. Kemudiannya beliau terus terbang pulang ke Kuala Lumpur.

Adalah tidak diketahui sama ada MB Johor, Datuk Haji Abdul Ghani Othman, yang tidak menghadiri mesyuarat MT UMNO di Kuala Lumpur, turut terlibat dalam pertemuan berkenaan.

Bernama pula melaporkan Ghani memang tidak turut serta dalam rombongan Abdullah menghadap Sultan Iskandar. Kata laporan itu lagi, ini menguatkan ura-ura bahawa pertemuan itu ada kaitan dengan kedudukan Ghani.

Ketika ini, beberapa nama disebut-sebut sebagai bakal MB Johor selepas PRU12. Ini termasuklah Datuk Seri Khalid Nordin, Exco Kanan Haji Ahmad Zahri Jamil dan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad Rahmat.

Sumber-sumber di Johor Bahru bagaimanapun menyatakan, kemungkinan nama-nama di atas diperkenankan menduduki kerusi MB Johor adalah amat tipis. Kata mereka, DYMM lebih cenderung melilih seorang pemimpin veteran UMNO Johor untuk jawatan tersebut.

Siapakah beliau? Warga politik Johor yang masih ingat bagaimana bercelarunya keadaan pertukaran kerusi DUN dan Parlimen di saat-saat akhir dalam PRU11, di mana Khalid Nordin yang dijangka bertanding DUN terpaksa berhijrah ke Parlimen Pasir Gudang, pastinya ingat akan Datuk Ali Hassan, yang kini Speaker DUN Johor. Mungkinkah beliau calon MB yang direstui DYMM Sultan Iskandar? Kita tunggu dan lihat!
Rakyat Malaysia Mengundi Pada 8 Mac

PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Pengundian bagi pilihan raya umum ke-12 ditetapkan pada 8 Mac ini manakala penamaan calon ialah pada 24 Feb, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengumumkan hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak yang telahpun mengadakan pilihan raya negerinya pada 2006.

Seramai 10,922,139 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Feb lepas, katanya.

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313754

Penyandang Dari MIC Berdepan Dengan Risiko Kena Gugur

PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Ramai penyandang anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dari MIC berdepan dengan risiko digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 bulan depan.

Tindakan drastik itu tidak dapat dielakkan berdasarkan pandangan presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa MIC perlu menampilkan ramai muka baru selepas parti itu menerima banyak kritikan dari pelbagai kumpulan kaum India di negara ini sejak enam bulan lepas.

Sumber-sumber parti mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya tiga anggota Parlimen dan sembilan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) akan digantikan pada pilihan raya umum kali ini pada 8 Mac ini.

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313935

Thursday, February 14, 2008

Munafik Besar!

Ketua Perusuh

Beberapa hari yang lalu saya ada menulis mengenai perangai pemimpin No 1 negara, Abdullah Ahmad Badawi yang suka menipu. Kini terbukti beliau melakukannya sekali lagi. Penipuan yang dilakukan secara tidak tepat memang menjatuhkan maruah beliau malah menyebabkan ramai yang kini tidak akan mempercayai apa sahaja yang Abdullah Ahmad Badawi katakan.

Ada satu cerita lama yang diceritakan oleh AESOP (seorang penglipurlara Yunani) pada satu masa dahulu berkaitan dengan seorang budak pengembala kambing yang suka menipu. Kesan dari tindakan suka menipu yang dilakukan olehnya akhirnya membawa nasib yang malang kepadanya apabila semua orang sedar akan penipuan yang dilakukan.

Abdullah Ahmad Badawi semalam (12hb February 2008) menegaskan bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen Malaysia pada tanggal 13hb February 2008 namun hari ini terbukti kata-kata Abdullah Ahmad Badawi hanyalah penipuan semata-mata.

Jika pengasas Islam Hadhari pun tidak mengambil berat atas sikap menipu, maknanya Islam Hadhari memang menggalakkan penipuan dilakukan (mungkin dihalalkan). Sikap menipu ini memang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W yang merujuk kepada sikap Abdullah Bin Ubai (ketua munafik Mekah) pada masa tersebut. Dalam Islam, orang yang suka menipu diklasifikasikan sebagai munafik.

Lagi:http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/02/13/munafik-besar/
Parlimen Bubar Hari Ini Untuk Pilihan Raya Umum Ke-12

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313577
Najib Yakin BN Akan Capai Majoriti Lebih Dua Pertiga

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-12 ini.

"Insya-Allah, Insya-Allah...malah lebih daripada dua pertiga, mudah-mudahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib berkata keyakinan itu lahir daripada prestasi kerajaan dalam membangunkan negara selama empat tahun ini selepas memenangi pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313696
Abdul Hadi Sedia Cabar Abdullah Di Kepala Batas

KUALA TERENGGANU, 13 Feb (Bernama) -- Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia bertanding satu lawan satu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kawasan Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum ke-12 ini.

Katanya beliau akur untuk bertanding di kawasan tersebut jika itu yang dimahukan oleh parti berkenaan.

"Kalau parti minta saya bertanding (di Kepala Batas), saya sedia. Saya ikut keputusan parti. (Tetapi) bertanding atau tidak bertanding bukannya penting, yang penting kita buat kerja untuk perubahan," katanya.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313643

PAS Usaha Menang Sekurang-kurang 40 Kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU, 13 Feb (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan berusaha untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada 60 kerusi Parlimen yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum ke-12.

Beliau berkata parti itu juga akan bertanding di lebih 200 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan yakin PAS akan dapat mempertahankan Kelantan.

Katanya parti yang berpakat dengan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga akan berusaha untuk mencatatkan kemenangan di kawasan yang diwakilinya bagi memastikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) dapat dikurangkan.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313674

Wednesday, February 13, 2008

Tiada Pembubaran Parlimen Esok

BANGI, 12 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tiada pembubaran Parlimen esok bagi memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-12.

“Tak adalah, esok tak ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan empat program serentak iaitu Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Salleh di sini.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313493
“Jangan Tolak Realiti Politik Melayu”

A Kadir Jasin

Utusan Malaysia dimiliki oleh Umno dan sudah pastilah ia lebih memihak kepada parti pemerintah itu. Tetapi sekali sekala, ia kritikal terhadap Umno, pemimpin-pemimpin serta dasar-dasarnya.

Dan sekali sekala juga ketua pengarang dan pengarangnya “membayar harga yang tinggi” kerana kritikan mereka itu, termasuk dilucutkan jawatan.

Pada 9 Februari lalu, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya umum semakin rancak dan lantang, Utusan memberi “kata dua” kepada Barisan Nasional agar “tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar (bagi) menghadapi pilihan raya.”

Ruangan pojok Bisik-Bisik Awang Selamat mengulas:

“Apabila bercakap tentang peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, gabungan parti itu diramalkan menang besar walaupun mungkin tidak mencatatkan prestasi sebaik pilihan raya 2004.

“Dalam hubungan ini, BN bimbang merosotnya undi bukan Melayu berikutan isu-isu tertentu termasuk Hindraf.

“Maka para pemimpin BN kelihatan memberi lebih perhatian bagi menangani isu berkenaan. Tetapi bagaimana pula pengundi Melayu, yang merupakan penduduk terbesar negara ini?

Lagi: http://kadirjasin.blogspot.com
Abdullah Tidak Layak Bertanding

Kamal Amir

… Kita ingin bertanya, apakah status Abdullah Ahmad Badawi kerana pada musim lalu terdapat cakap-cakap bahawa beliau sebenarnya hilang kelayakan sebagai calon kerana tidak mengemukakan laporan kewangan dan perbelanjaan semasa menyertai musim pilihanraya umum 1999.

Kenapa SPR tidak menolak kertas pencalonannya? Dan seandainya benar Abdullah gagal mengemukakan laporan tersebut bererti dia telahpun melakukan kesalahan pada musim pilihanraya lalu dan dengan sendirinya untuk kali ini seharusnya dia hilang kelayakan untuk bertanding.

Sekiranya SPR benar-benar mahu memperlihatkan wibawanya sebagai badan yang bebas, bersih serta telus, persoalan Abdullah sebagai calon harus dinyatakan kedudukannya agar rakyat dapat melihat wibawa SPR benar-benar dipertahankan serta tidak sekadar dijadikan boneka oleh pihak-pihak tertentu.

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2671/1/

Najib Terhimpit Dan Bakal Tersingkir

… Pilihan raya kali ini turut melihat hampir keseluruhan penyokong setia Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, digugurkan sebagai calon.

Kalaupun ada kalangan mereka yang tinggal hanyalah penyokong serta juak yang sudahpun menukar kiblat mereka kepada Khairy Jamaluddin seperti Ahmad Zahid Hamidi, Jamaluddin Jarjis dan Nazri Tan Sri Aziz. Selebihnya mereka pasti akan digugurkan sebagai peluang terbaik bagi menantu Perdana Menteri memperkukuhkan kedudukannya untuk menyingkirkan Najib seusai musim pilihan raya nanti.

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2603/46/

Tuesday, February 12, 2008

Kes Penggadaian Tanah Premier UM:
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi?

Apa kata komuniti prihatin Malaysia mengenai perkembangan terbaru membabitkan UM kali ini? Mungkinkah Profesor Diraja Ungku Aziz akan menyifatkan cadangan ini sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.” Mungkinkah Alumni UM akan membantah? Mungkinkah BPR akan segera menyiasat? Mungkinkah Kementerian Pendidikan Tinggi akan membuat siasatan terperinci? Mungkinkah Abdullah akan mengeluarkan arahan supaya penggadaian ini dibatalkan segera? Mungkinkah Abdullah akan membiarkan sahaja perkembangan ini berlaku kerana ia membabitkan kroninnya sendiri? Atau, mungkinkah Abdullah akan merestui kata-kata hikmat: harapkan pagar, pagar makan padi!

Lagi: http://puteramalaysia.blogspot.com

Pulau Pinang Milik Siapa?

Ada kawan yang hantar SMS bertanya kenapa saya tak kemas-kini blog ini dan apakah kedudukan di Pulau Pinang memandangkan banyak spekulasi sedang tersebar dalam media.

Saya tidak berpeluang untuk meninjau secara menyeluruh suasana dan arus deras spekulasi berkaitan pilihan raya namun saya dapat rasai getarannya.

Di Pulau Pinang tiada gegaran gelombang biru, itu yang dapat saya huraikan. Dalam erti kata yang lain, BN akan menghadapi kekalahan. Inilah gambaran yang dapat saya berikan.

Lagi:http://kudaranggi.blogspot.com/2008/02/pulau-pinang-milik-siapa.html
Pilihanraya Umum Ke 13 Perang Sebenar Berdepan Dengan Media Internet

Laman web dan blog tidak akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya kali ini tetapi ia akan menjadi jentera yang lebih penting bagi menghadapi pilihan raya selepas ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar juga mengakui pasukan dalam alam siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih gagal menyaingi jentera siber pro pembangkang namun ia sudah ada permulaan yang agresif.

Lagi:http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_eea41f15-cabec5bb-7c789400-f46e97b8
Akhirnya Koh Tsu Khoon Umum Sedia Tanding Kerusi Parlimen

Setelah mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang selama 18 tahun, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon besar kemungkinan akan ke pusat. Pemangku Presiden parti Gerakan itu sudahpun menyatakan kesediaannya untuk bertanding kerusi Parlimen.

Bercakap kepada para wartawan selepas sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan Bahagian Jelutong di Pulau Pinang Ahad beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Lagi:http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_50449490-cabec5bb-7c789400-11105227
Badrul Sedia Cabar Khairy Di Mana Sahaja

SEREMBAN, 11 Feb (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin berkata beliau sedia bertanding menentang Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di mana sahaja dalam pilihan raya umum.

"Hasrat saya ini telah mendapat respon positif secara lisan dari pucuk pimpinan PKR," katanya kepada Bernama hari ini.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313186

Monday, February 11, 2008

Kroni PM `Flip-Flop’ Gadai 27 Ekar Tanah UM

Kroni PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Annuar Zaini, telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah premier (bernilai tinggi) dalam kawasan kampus Universiti Malaya (UM), kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.

Annuar, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya (merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat Universiti Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00/ kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 / kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja. Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 / kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.

Lagi:http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/10/kroni-pm-flip-flop-gadai-27-ekar-tanah-um/
Najib Tun Razak: The Next Prime Minister?

All focus so far has been on Abdullah Badawi and his empty promises, sleepy dreams and schemes. Badawi is the butt of our jokes—Jon Stewart style— and criticisms. What about this man, Najib Tun Abdul Razak (below in great glasses)? Do you think he will make a good Prime Minister? What has been his track record?

Najib is certainly a very ambitious man, and thinks he is the man who deserves the job, not the incumbent. Tun Dr. Mahathir Mohamad believes so too and has said it publicly. Badawi is supposed to be just a one term Prime Minister, said the Tun. Let us make sure that will happen, but do you seriously want a Najib-led government? He is no Tun Abdul Razak, his late father who I admire for his rural and land development programmes including FELDA, and enlightened foreign policy.

Lagi:http://dinmerican.wordpress.com/2008/02/10/najib-tun-razak-the-next-prime-minister/