Tuesday, January 15, 2008

Suara Exclusive:
Apa Harapan BN Di Pulau Pinang dan Kedah?

Suara menerima maklumat yang mengatakan bahawa kedudukan BN di Pulau Pinang dan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-12 disifatkan sebagai kritikal.

Masalah di Pulau Pinang adalah akibat sikap pengundi Melayu yang tidak menentu akibat kecewa dengan pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi yang dikatakan tidak memberikan pembelaan total kepada mereka.

Kerenah Patrick Lim sebagai orang kuat Abdullah yang membangunkan projek-projek mega yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat Melayu juga dikatakan sebahagian daripada sebabnya.

Di samping itu, kegiatan DAP dan PKR juga dikatakan akan menghakis sebahagian undi Melayu daripada BN.

Di Kedah, BN dikatakan menerima tekanan daripada PAS yang sentiasa aktif berkempen sejak beberapa bulan yang lalu.

Ini menyebabkan BN menimbang untuk mencalonkan semula beberapa muka lama yang berpengaruh di Kedah yang diketepikan dalam PRU11.

2 comments:

Kamalkamal said...

Suara,

Orang Melayu Pulau Pinang mungkin merasa mereka dipinggirkan dalam arus membangunkan negeri, terutama dalam mendapatkan projek-projek tertentu. Hanya kroni KJ yang banyak dapat projek-projek kerajaan.

Manakala di Kedah pula ramai yang kurang senang dengan MB yang banyak memberi ruang samada projek atau tugasan membangunkan negeri kepada kroninya sahaja. Lainnya gigit jari.

suara said...

kamalkamal
Pandangan anda memang benar. Hairan sungguh pihak kerajaan tidak menginsafi perkara ini..
Terima kasih.