Saturday, January 19, 2008

BN Tidak Tipu Keputusan Pilihan Raya - Najib

JOHOR BAHARU, 18 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) dapat terus memegang tampuk pemerintahan negara bukan kerana ia menipu keputusan pilihan raya.

Beliau berkata sebaliknya BN terus berkuasa kerana ia mendapat kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya daripada rakyat di negara ini.

Najib berkata rakyat telah memilih BN dalam 11 pilihan raya sejak 50 tahun lepas kerana parti itu telah membuktikan ia mampu membawa perubahan dan pembangunan yang kini dinikmati mereka.

"Kerajaan BN tidak rela menang dengan menipu rakyat... kita menang kerana kita mahu dipilih oleh rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen yang bebas.

"Dan kita mahu menubuhkan kerajaan kerana rakyat yakin dengan apa yang kita lakukan selama ini dan itulah merupakan asas yang paling terjamin dalam menentukan kestabilan dalam negara kita," katanya.

Lagi:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=308839

No comments: