Wednesday, January 9, 2008

Perundingan Belakang Tabir PAS-Umno?

Berita tentang berlakunya perundingan-perundingan belakang tabir antara PAS dan Umno sungguh menarik perhatian – dan cukup mengasyikkan.

Dalam kerangka pemikiran politik perkauman (atau tawar menawar antara kaum) yang dominan di negara ini kini, saya kira tentulah banyak di kalangan mereka yang berfikir dalam kerangka gagasan “hegemoni Melayu” yang berasa sungguh senang dengan perkembangan ini.

Hubungan yang mesra di antara PAS dan Umno, dalam kerangka pemikiran mereka, hanya munkin bererti bertambah mantapnya “kesepaduan Melayu.” Dan mantapnya kesepaduan Melayu hanya mungkin bererti suatu kelebihan, suatu advantage, dalam percaturan politik tawar menawar antara kaum yang mencirikan politik negara ini.

Namun dalam sejarah semasa politik negara, ini bukanlah kali pertama perundingan PAS-Umno seperti ini pernah diusahakan.

Namun selalunya perundingan yang demikian itu telah diusahakan bukan demi gagasan-gagasan muluk dan jangka panjang sehubungan isu “perpaduan” Melayu-Islam, apa lagi kemantapan masa depan negara, tetapi demi kepentingan jangka pendek pihak-pihak yang terlibat, khususnya tujuan memperoleh sokongan dalam pilihanraya.

Sejak kemerosotan sokongan Melayu yang dialami Umno dalam pilihanraya tahun 1999 lagi, Mahathir Mohamad dengan gigihnya telah berusaha untuk merapatkan hubungan PAS-Umno itu dan telah membuat pelbagai overtures terhadap Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu.

Lagi: [suara-rustam.blogspot.com]

No comments: