Wednesday, January 9, 2008

Malaysia Tidak Akan Hadapi
Keperitan Ekonomi - Kuan Yew

SINGAPURA, 7 Jan (Bernama) -- Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang sihat tahun ini berikutan terdapat tanda-tanda yang positif, kata bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.Beliau berkata harga minyak yang tinggi pada masa ini dan komoditi Malaysia seperti minyak sawit dan lain-lain akan memberikan hasil yang baik untuk negara itu tahun ini.Lee bercakap pada makan malam gala ulang tahun ke-40 Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS).Beliau berkata walaupun Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan yang rendah iaitu 5.6 peratus berbanding 5.7 peratus tahun lepas, negara itu tidak akan menghadapi keperitan ekonomi.Lee menyatakan bahawa Malaysia melaksanakan projek ekonomi yang besar seperti membangunkan seluruh negara melalui plan bersepadu di bawah pembangunan wilayah ekonomi koridor selatan, timur dan utara.-- BERNAMA

No comments: