Wednesday, January 23, 2008

BN Akan Menang Pilihan Raya - Tun Dr M

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- "Kita akan menang, sudah tentu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai prospek Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tiada keraguan yang BN akan kembali berkuasa dalam pilihan raya ke-12 nanti.

"Tetapi puratanya...saya tidak tahu. Mereka tidak beritahu saya lagi tetapi saya rasa ia akan merupakan satu kemenangan besar," katanya kepada pemberita semasa ditanya sama ada parti pemerintah sekarang boleh mengulangi kejayaan cemerlang dalam pilihan raya lepas.

Dalam pilihan raya umum 2004, Barisan menyapu bersih 199 kerusi daripada 219 kerusi parlimen.

Terdahulu Dr Mahathir melancarkan "The Loaf", bakeri dan restoran yang dimiliki bersama rakan Jepunnya Jiro Suzuki, di The Pavillion.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=309626

2 comments:

Unknown said...

Saya hormati keyakinan tdm. Tapi, saya juga pasti majoriti bn akan merosot. Kalau tak percaya kita ikutilah majoriti yang akan diperolehi oleh calon-calon bn di johor.

Unknown said...

dollah sendiri pun jangka majoriti bn tak segemilang 2004. padan muka dia.