Sunday, January 13, 2008

250 Perisik BPR Turun Padang Masa Pilihan Raya

Setiap kali pilihan raya, antara isu utama yang sering didengar ialah wujudnya amalan membeli undi atau rasuah politik. Tuduhan dan dakwaan seperti itu sehingga kini lebih bersifat kempen politik kerana tidak ada kes yang dibawa ke mahkamah kerana amalan berkenaan.

Namun, menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang semakin menuntut kepada perjalanan pilihan raya yang adil dan telus, Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil langkah awal ke arah sama-sama memainkan peranan untuk mencapai tujuan tersebut.

Bagi maksud itu, Bahagian Perisikan BPR telah mempersiapkan 250 anggota perisikan yang akan turun padang membuat pemantauan serta mengumpulkan maklumat.

"BPR tidak memilih bulu dan telah bersedia untuk bertindak ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah dalam pilihan raya itu," demikian tegas Pengarah Bahagian Risikan BPR, Datuk Jamidan Abdullah kepada para pemberita di Johor Bharu hari Jumaat.

Lagi:http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6958a22f-cabec5bb-7c789400-173beefc

No comments: