Thursday, January 31, 2008

PM Badawi Overstaying His Welcome: Mahathir

(The Straits Times) - KUALA LUMPUR - MALAYSIA'S former premier Mahathir Mohamad said on Wednesday he never intended his successor Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to serve more than one term and suggested he should stand down.

Mr Abdullah, who has had a very public falling out with the veteran leader, will contest for his second term in general elections expected to be held in March.

Mr Mahathir previously said he made a mistake in picking Mr Abdullah, and should have opted for influential deputy prime minister Najib Razak.

'That was my thinking, since (Abdullah) was older than Mr Najib, he should be PM for one term and then Mr Najib should be able to take over,' he told a press conference.

More:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2057/46/
Guna PRU Bersihkan Umno: Dr M

A Kadir Jasin

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahahir Mohamad, hari ini menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi “membersihkan” parti itu.

Katanya, tiada jalan lain untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin yang tidak cekap dan tidak amanah. Dr Mahathir menggunakan istilah Inggeris “cleansing” bagi memperjelaskan apa yang beliau maksudkan.

Ini, tegas beliau, terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Lagi: http://www.kadirjasin.blogspot.com/
Anwar Dakwa Abdullah
Putar Belit Indeks Daya Saing Negara

KL: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutarbelitkan fakta mengenai tahap daya saing Malaysia dengan mendakwa Malaysia kini di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara. (Senarai penuh daya saing negara boleh dilayari di http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf)

Menurut Anwar, penelitian menyeluruh kepada data yang dikeluarkan mendapati bahawa fakta tersebut adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.

Lagi:http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=2257&Itemid=49

Tuesday, January 29, 2008

Should Pak Lah Remain As PM?

Up to you and I, mister. Former PM Dr Mahathir was supposed to talk about his book that will be launched tomorrow. The foreign journos, of course, took the opp to ask him juicier questions.

Q: Do you think the PM should quit?
A: It is up to him to decide. It's also up to the people to decide. If the people want him to move on, if they think his administration is not benefiting them, they should make a decision.

In this latest attack on his successor, Dr M accused Abdullah Ahmad Badawi of "wasting money" and too accomodative in terms of foreign policies. "We are not as independent as before ...".

More: http://rockybru.blogspot.com/2008/01/should-pak-lah-remain-as-pm.html
Can The Agong Withhold Consent
To The Dissolution Of Parliament?
Kim Quek

At this moment when the Prime Minister is expected to announce the imminent dissolution of Parliament to pave the way for the next general election, it is perhaps relevant and urgent that the critical issue of the power to dissolve Parliament be reviewed.
It seems to be a popular belief that the Prime Minister has absolute power to decide when Parliament is to be dissolved. Is there a constitutional basis for this belief?

The answer is no; for there is a clear-cut provision in the Constitution whereby the Yang di-Pertuan Agong is given the power to withhold consent to a request for dissolution of Parliament. The fact that the Agong has always acceded to the Prime Minister’s request to dissolve Parliament in the past does not detract from this constitutional principle.

Read More: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/1929/46/
Khairy Enggan Ulas Jadi Calon

PULAU PINANG 27 Jan. - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin enggan mengulas kedudukannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12.

Ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Skuad Sedia Gempur Pemuda UMNO Tasek Gelugor dekat sini hari ini, beliau hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum apabila diajukan soalan mengenai pencalonan dalam pilihan raya.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya," kata Khairy walaupun ditanya bertalu-talu oleh pemberita mengenai perkara tersebut.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Monday, January 28, 2008

Pemergian Suharto: Malaysia Kehilangan Sahabat Baik

JAKARTA, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia kehilangan seorang sahabat karib dengan pulangnya ke rahmatullah bekas presiden Indonesia, Suharto, pada usia 86 tahun pada jam 1.10 tengah hari waktu tempatan (2.10 waktu Malaysia) hari ini.

Suharto, presiden kedua yang menerajui Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998, meninggal dunia akibat kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman setelah 24 hari dirawat di Hospital Pusat Pertamina di Jakarta Selatan di sini.

Organ-organ dalaman bekas presiden yang dipanggil akrab Pak Harto itu, seperti jantung, paru-paru dan ginjal gagal berfungsi sejak pukul 1 dinihari ini apabila pernafasan Allahyarham sepenuhnya bergantung kepada mesin bantuan.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=310554


Malaysia Hargai Hubungan Baik Allahyarham Suharto

SUBANG, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia amat menghargai sumbangan bekas Presiden Indonesia Suharto yang memainkan peranan utama dalam mengeratkan hubungan antara Malaysia-Indonesia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Satu hubungan yang mengeratkan antara Malaysia dan Indonesia dan kita sangat menghargai hubungan yang baik itu yang diterajui oleh Pak Harto (gelaran akrab untuk Suharto di kalangan rakyat Indonesia).

"Hubungan itu telah memberi banyak kebaikan kepada kedua buah negara. Kita berdoa supaya Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham Pak Harto," kata Abdullah kepada pemberita sejurus tiba di tanah air, di Pangkalan Tentera Udara Subang di sini hari ini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=310592


Malaysia Terhutang Budi Kepada Suharto, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia terhutang budi kepada Suharto atas peranannya mengakhiri gerakan Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia selepas menjadi Presiden Indonesia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dalam memberi penghormatan kepada Suharto, bekas Perdana Menteri Malaysia berkata: "Kami memandang kepadanya sebagai pemimpin ulung dan negarawan antarabangsa. Bagi diri saya, ia agak peribadi. Saya mengenalinya dan berurus dengan dia untuk tempoh sekian lama.

"Saya menganggapnya sebagai sahabat Malaysia dan rakan karib," katanya ketika mengulas mengenai pemergian Suharto kepada Bernama dan RTM di kediamannya di Seri Kembangan di sini.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=310623

Saturday, January 26, 2008

Siri Pertama:
Mengimbas Kembali Manifesto BN Dalam PRU11

Baru-baru ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat jelata, menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, memberikan semula mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerintah Malaysia.

Permintaan ini disuarakan sewaktu rakyat jelata amat resah dan gelisah mengenai kepimpinan Abdullah yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai lemah dan didakwa pula sebagai dimanipulasikan oleh segolongan individu yang rapat dengannya.

Permintaan ini juga diluahkan oleh Abdullah sewaktu populariti beliau - menurut satu survey Merdeka Centre - sedang berada di tahap yang paling rendah sekali sejak beliau memegang teraju kepimpinan Malaysia.

Maka terserahlah kepada kebijaksanaan rakyat jelata untuk memenuhi permintaan tersebut. Kuasa undi merekalah yang akan menentukannya.

Lagi: http://kuda-kepang.blogspot.com/
Selepas 18 Tahun
Kelantan Dilihat Bakal Kembali Kepada BN

KOTA BAHARU, 26 Jan (Bernama) -- Suasana politik ketika ini meyakinkan banyak pihak bahawa selepas 18 tahun Kelantan berada di bawah pentadbiran PAS, masanya sudah tiba bagi Barisan Nasional (BN) untuk kembali menerajui jentera pentadbiran kerajaan negeri.

Penganalisis politik berpendapat sokongan rakyat kali ini akan beralih kepada BN, yang sebelum ini mentadbir Kelantan selama 18 tahun, sebelum ia dijatuhkan PAS dalam pilihan raya umum pada tahun 1990.

Bagi kalangan pemimpin BN, nombor 18 adalah angka penting dalam usaha mereka menjulang kembali maruah parti itu di mata rakyat, sekaligus memenangi pilihan raya umum ke-12 ini untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=310393
Anwar Layak Bertanding Pilihan Raya Kecil – SPR

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi Parlimen yang dikosongkan oleh PKR selepas pilihan raya umum akan datang.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hasrat yang diluahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini adalah seperti diperuntukkan mengikut Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut peruntukan itu, pilihan raya kecil boleh diadakan jika berlaku kekosongan luar jangka iaitu kematian seseorang calon atau ada yang meletakkan jawatan.

Lagi: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm


Malaysian PM's Popularity Hits Low Ahead Of Poll

KUALA LUMPUR, Jan 25 (Reuters) - The Malaysian prime minister's approval rating has hit a personal low as the country gears up for early elections, with voters unhappy over rising prices, racial tensions and crime, a pollster said on Friday.

The poll by market research firm Merdeka Center gave Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi an approval rating of 61 percent in December, the lowest since he took office in late 2004 and down by 10 percentage points from November.

A rating of around 60 percent would be considered decent in many Western democracies, but not in Malaysia where the opposition is weak and the mainstream media pro-government.

Badawi's rating has slipped from a high of 91 percent when he took power.

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/1773/46/
BN Mahukan Mandat Yang Baik
Untuk Tangani Banyak Isu Negara

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat yang baik daripada rakyat untuk membenarkan kerajaan menangani pelbagai isu pada masa depan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ada terlalu banyak perkara, kami mesti menghadapi pelbagai isu pada masa depan, (oleh itu) mendapat mandat yang baik daripada rakyat adalah sangat baik," kata Perdana Menteri dalam satu temubual secara langsung dengan CNN malam ini.

Sambil mengakui bahawa rakyat telah bersedia untuk pilihan raya, Abdullah bagaimanapun masih merahsiakan tarikh pilihan raya.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=310333

Friday, January 25, 2008

Al-Fatihah: Tan Sri Megat Junid Meninggal Dunia

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Kuala Lumpur. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.25 pagi Khamis. Menurut anak Allahyarham, Megat Firdaus, jenazah ayahnya dibawa pulang ke rumah mereka di Kelana Jaya untuk disempurnakan dan solat jenazah. Pengkebumian dilakukan selepas solat zuhur di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Lagi: http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

Al Fatihah: Adlan Benan Omar Meninggal Dunia

Jenazah bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Nasional Adelan Benan Omar telah dibawa ke rumah keluarganya di Ampangan SEREMBAN. Jenazah akan dikemubikan sebelum solat Jumaat esok hari. Orang ramai yang ingin menziarahi beliau boleh ke alamat No 2 Jalan Golf Height, Ampangan berhampiran dengan Sekolah Rendah King George V. Adelan menghembuskan nafas terakhirnya jam 3.45 petang tadi.

Adlean Benan Omar meninggal dunia jam 3.45 petang tadi. Jenazahnya kini di No. 31 Jalan Putra Bistari 2/4D Putra Heights Subang Jaya. Allahyarham merupakan bekas setiausaha pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan juga bekas MPT parti itu.

Lagi: http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=2213&Itemid=49
Ali Rustam Tak Faham Sindiran Mahathir

Agak melucukan apabila membaca komen Ketua Menteri Melaka Mohamad Ali Rustam yang dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkaitan kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Baisan Nasional akan 'menang besar' dalam pilihan raya akan datang.

Tak tahu pula saya sama ada Ali Rustam, yang juga naib presiden UMNO, faham atau sedar yang Tun Mahathir 'menyindir' dan sindiran itu dikutip (bahagian-bahagian tertentu) oleh Utusan Malaysia sebagai bahan beritanya.

Lagi: http://kudaranggi.blogspot.com/2008/01/ali-rustam-tak-faham-sindiran-mahathir.html
ECM Libra ke BERNAS? (Bhg 1)
Disebalik Tuduhan BERNAS Mengimpot Beras Tanpa Permit

Disebalik rungutan rakyat mengenai kekurangan bekalan minyak masak dan kenaikkan barang-barang asas pada akhir tahun 2007, satu usaha semacam sedang dirancang dan diatur untuk membina sebuah empayar korporat secara pintas dan ringkas untuk menjadi satu lagi kenderaan tunggangan politik Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya.

Seperti pelbagai usaha-usaha era pentadbiran Pak Lah yang kononnya untuk tambah nilai, ia bukan sahaja tidak membawa pertambahan nilai tetapi lebih lazimnya ia membawa penghapusan nilai, lekok pembelajaran (learning curve) dan modal insan yang terbina sekelian lama. Bagai ibarat "tikus membaiki labu", Pak Lah seringkali merungkai pelbagai usaha-usaha strategik untuk membina struktur, keupayaan dan kapasiti ekonomi orang-orang Melayu yang sudah tentu dapat menyegerakan proses kesamarataan antara kaum.

Lagi: http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/01/ecm-libra-ke-bernas-bhg-1.html

Thursday, January 24, 2008

Suara Exclusive:
Radzi Akan Jadi MB Perlis?

Ramai anak Perlis memberitahu Suara bahawa mereka rela Datuk Seri Shahidan Kassim dipindahkan ke pusat. Gantinya mestilah bukan Datuk Azmi Khalid. Tetapi, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Kata mereka, kalau Shahidan pergi ke pusat dan Azmi jadi Menteri Besar, BN Perlis akan kalah dalam PRU 12. Kalau Radzi yang menggantikan Shahidan, anak-anak Perlis akan bekerja kuat untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri berkenaan.

Sebelum ini, Radzi yang bermati-matian mahukan Azmi menggantikan Shahidan. Adakah usaha ini sekadar perbuatan melambung belon dan memberikan pengesahan kepada pucuk pimpinan pusat bahawa Azmi sebenarnya tidak diterima di Perlis. Bijak sungguh mainan politik ini.

Soalnyanya disini ialah, sanggupkah Radzi pulang ke Perlis dan jadi Menteri Besar? Anak-anak Perlis sangat berharap, Radzi tidak akan menghampakan harapan mereka!

Wednesday, January 23, 2008

PAS Tidak Mampu Lakukan
Apa Yang Dirancang - Razaleigh

GUA MUSANG, 23 Jan (Bernama) -- Pengalaman Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) yang pernah bekerjasama dengan PAS selama dua penggal sejak 1990 membuktikan yang PAS tidak mampu melakukan apa yang dirancang untuk rakyat, kata bekas Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu banyak perkara yang melibatkan kebajikan rakyat tidak terlaksana menyebabkan rakyat naik muak dengan janji-janji yang dibuat.

Tengku Razaleigh yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang berjanji akan menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan sekiranya parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-12, merupakan satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.
BN Akan Menang Pilihan Raya - Tun Dr M

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- "Kita akan menang, sudah tentu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai prospek Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tiada keraguan yang BN akan kembali berkuasa dalam pilihan raya ke-12 nanti.

"Tetapi puratanya...saya tidak tahu. Mereka tidak beritahu saya lagi tetapi saya rasa ia akan merupakan satu kemenangan besar," katanya kepada pemberita semasa ditanya sama ada parti pemerintah sekarang boleh mengulangi kejayaan cemerlang dalam pilihan raya lepas.

Dalam pilihan raya umum 2004, Barisan menyapu bersih 199 kerusi daripada 219 kerusi parlimen.

Terdahulu Dr Mahathir melancarkan "The Loaf", bakeri dan restoran yang dimiliki bersama rakan Jepunnya Jiro Suzuki, di The Pavillion.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=309626
Suara Exclusive:
DVD VVIP Buatan Singapura

Desas-desus kisah dvd seks orang-orang kenamaan negara kita yang kononnya sedang disebarkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, kini jadi semakin menarik.

Ada versi mengatakan kini tersebar tiga jenis dvd yang membabitkan tiga orang kenamaan tertentu disebarkan di kawasan parlimen Perdana Menteri.

Satu daripada dvd itu dikatakan membabitkan skandal seks gay. Bakinya dikatakan melibatkan dua orang besar negara dengan dua orang wanita – seorang model keturunan Cina dari Singapura dan yang seorang lagi wanita Malaysia yang kini sudah jadi orang kenamaan.

Ketiga-tiga skandal itu dikatakan berlaku sewaktu orang-orang kenamaan terbabit berada di Singapura.

Jadi, adakah ketiga-tiga dvd skandal seks ini dirakamkan oleh pihak-pihak tertentu di Singapura? Kalau benar, adakah sesetengah pihak di Singapura sedang campurtangan untuk menghuru-harakan politik Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-12?

Tuesday, January 22, 2008

Menantu PM Sedang Susun Senarai
Calon Pilihanraya Umum Ke 12

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa menantu PM jarang mengeluarkan kenyataan akhir-akhir ini walaupun terlalu banyak isu yang biasanya akan dikomen oleh beliau. Umum mengetahui bahawa pilihanraya umum ke 12 semakin hampir. Bahangnya semakin hangat. Kemungkinan besar ianya akan diadakan pada bulan Mac 2008.

PM telah memberikan kuasa kepada menantunya untuk menyemak senarai calon pilihanraya yang dikemukakan oleh setiap Ketua Perhubungan UMNO negeri. Jika menantu luluskan, PM tidak akan membantah. PM akan bersetuju dengan apa sahaja yang diputuskan oleh menantunya.

Sebab itu menantunya kini sibuk dengan temujanji-temujanji bagi tujuan untuk melobinya agar senarai calon yang dikemukakan akan mendapat "approval".Menurut sumber yang kami perolehi, wang yang beliau perolehi bertan-tan banyaknya.

Dalam menguruskan temujanji yang terlalu banyak, Reezal Merican adalah orang yang membantu menantu PM. Walaupun beliau adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan a.k.a PM, kini beliau telah melakukan kerja-kerja sebagai Setiausaha Politik kepada Menantu PM. Sumber kami memberitahu bahawa jika Reezal yang aturkan, pasti berjaya untuk bertemu dengan menantu PM.

Lagi:
http://antikhairy.blogspot.com/2008/01/menantu-pm-sedang-susun-senarai-calon.html

Monday, January 21, 2008

Suara Exclusive:
Linggam Tape Harga Dua Juta?

Suara tidak pasti kalau info ini benar. Bagaimanapun, pemberi makmulat berkata, pihak-pihak tertentu dikatakan telah membeli linggam tape dengan harga dua juta ringgit.

Niatnya, kata pemberi maklumat tersebut, adalah untuk mengheret Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah!

Adakah ini sahih? Siapakah di sebalik pembelian tape berkenaan? Mungkinkah pihak itu rapat dengan pucuk kepimpinan negara dan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Ministers, Please Be Forewarned!

Ministers with skeletons in their cupboards please be forewarned. If you don’t support Abdullah’s SIL, you will be the next targets. Dvds about your sex scandals will hit the market soon!

Chua Soi Lek was the first. Informed sources said, Chua was victimised for two specific reasons – political reasons.

More: http://www.politica-net.blogspot.com/
Drama Politik Menteri Besar

APA yang dipaparkan dalam kempen parti-parti politik menjelang pilihan raya umum sebenarnya tidak dapat menyaingi drama yang berlaku di sekitar pemilihan calon-calon wakil rakyat yang prosesnya sedang berlangsung secara diam-diam sekarang.

Di Malaysia, drama itu menjadi lebih hangat, kontroversi dan kadangkala mencemaskan terutama dalam pemilihan calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi untuk dilantik sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Kisah keupayaan atau kegagalan seseorang Menteri Besar dan Ketua Menteri mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai ketua eksekutif di peringkat kerajaan negeri adalah cerita besar menjelang dan semasa pilihan raya umum.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Siapa Menteri Besar Baru?

Biarlah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berteka-teki dengan tarikh pilihanraya, yang jelas pilihanraya sudah semakin hampir. Semua orang politik setuju dengan kenyataan ini. Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad pun sudah mula menyekat pemimpin UMNO ke luar negeri. Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak memberitahu, itu keputusan mesyuarat pengurusan. Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata pemimpin UMNO di negeri itu sudah lama dilarang ke luar negeri sebagai persiapan pilihanraya.

Lagi: http://analisismalaysia.blogspot.com/2008/01/siapa-menteri-besar-baru.html

Sunday, January 20, 2008

Putrajaya Milik Khairy:
Tengku Adnan Terjun Dengan Klip-Klip Videonya!

MENANTU anak Badawi, Khairy Jamaluddin kini disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya tidak lama lagi.

Putrajaya dianggap pilihan tepat bagi penyokong kuat Khairy, yang begitu rakus dan agresif muktahir ini; untuk melihat anak muda dari Negeri Sembilan itu berdiri sebaris dalam kabinet mertuanya, anak Badawi selepas pilihan raya ke 12 nanti.

Desas-desus ini bertiup kencang setelah Siasatan Diraja menyiasat Klip Video VK Linggam menemui bukti kukuh untuk menyeret salah seorang dari ramai individu yang disebut oleh Linggam dalam perbualan telefon yang dirakam itu.

Lagi:http://sanggahtoksago.blogspot.com/2008/01/konspirasi-khairy-singkirkan-tengku.html
Nak Kebas Kelantan
Penang Yang Terlepas

Para panglima perang UMNO nampaknya begitu ghairah nak tumbangkan pentadbiran Islam di Kelantan. Bermacam-macam tuduhan dan gambaran negatif dilemparkan terhadap kerajaan negeri pimpinan YAB Dato Nik Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Tuan Guru.

Media yang dikawal atau dikuasai oleh parti berkenaan turut mengisi halaman masing-masing dengan berita-berita yang jelas memperkecil dan menggambarkan 'keadaan yang amat teruk" di Kelantan.

Keghairahan UMNO untuk menawan Kelantan amat ketara sedangkan umum mengetahui bahawa negeri itu masih mencari-cari pemimpin yang benar-benar berwibawa, bersih dalam erti kata sebenar dan cukup beramanah untuk memimpin pentadbiran negeri. Pendek kata bukan senang nak cari pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam keasyikan UMNO untuk menawan Kelantan, sesuatu yang pada pemerhatian saya tidak akan berlaku, mereka lupa akan kedudukan di Terengganu, Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Lagi: http://kudaranggi.blogspot.com/2008/01/nak-kebas-kelantan-penang-yang-terlepas.html

Saturday, January 19, 2008

BN Tidak Tipu Keputusan Pilihan Raya - Najib

JOHOR BAHARU, 18 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) dapat terus memegang tampuk pemerintahan negara bukan kerana ia menipu keputusan pilihan raya.

Beliau berkata sebaliknya BN terus berkuasa kerana ia mendapat kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya daripada rakyat di negara ini.

Najib berkata rakyat telah memilih BN dalam 11 pilihan raya sejak 50 tahun lepas kerana parti itu telah membuktikan ia mampu membawa perubahan dan pembangunan yang kini dinikmati mereka.

"Kerajaan BN tidak rela menang dengan menipu rakyat... kita menang kerana kita mahu dipilih oleh rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen yang bebas.

"Dan kita mahu menubuhkan kerajaan kerana rakyat yakin dengan apa yang kita lakukan selama ini dan itulah merupakan asas yang paling terjamin dalam menentukan kestabilan dalam negara kita," katanya.

Lagi:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=308839

Friday, January 18, 2008

Suara Exclusive:
BN Perlis Akan Bergolak?

Sumber-sumber memberitahu Suara hari ini, Datuk Seri Shahidan Kassim telah membayangkan untuk keluar daripada UMNO jika beliau tidak dipertandingkan semula dalam PRU12.

Adakah ini benar? Adakah ini hanya propaganda? Dan, betulkah Shahidan akan disingkirkan menerusi PRU12? Shahidan enggan mengulas desas-desus ini.

Bagaimanapun, ramai pemerhati politik berpendapat bahawa Shahidan memang mempunyai sokongan akar umbi yang mantap.

Sebab itu, BN Perlis dijangka menghadapi masalah besar jika Shahidan tidak dicalonkan dan tidak dilantik semula selaku Menteri Besar.

Kata mereka, keadaannya akan jadi lebih gawat jika Datuk Seri Azmi Khalid dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Shahidan.

Oleh itu, terserahlah kepada Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad untuk menggunakan kebijaksanaannya sama ada mahu mendesak pucuk pimpinan BN menyingkirkan Shadidan atau sebaliknya menerusi PRU12.
Abdullah Puas Hati Persediaan
Umno Negeri Hadapi Pilihan Raya Umum

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh semua Badan Perhubungan Umno Negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Namun, Abdullah, yang juga Presiden Umno berkata, masih ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-12 nanti.

"Alhamdulillah, nampaknya persediaan-persediaan pun sekarang ini baik. Tapi banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=308512

Wednesday, January 16, 2008

Abdullah Akan Beri Taklimat
4000 Pemimpin Pasal PRU12

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dijangka memberi taklimat khas mengenai persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kepada kira-kira 4000 Ketua dan AJK UMNO Bahagian dari seluruh negara di PWTC pada jam 2.00 petang, 22 Januari 2008.

Sumber-sumber di Ibupejabat UMNO Malaysia memberitahu blog ini kemungkinan besar Abdullah akan menghuraikan beberapa isu penting berkaitan politik dan ekonomi negara.

Abdullah juga dipercayai akan menggesa kepimpinan UMNO di semua peringkat mengaktifkan jentera pilihan raya ke peringkat maksima dengan secepat mungkin.

Lagi: http://kuda-kepang.blogspot.com

Tuesday, January 15, 2008

Pilihan Raya : Abdullah Tahu Ramai Tidak Sabar

MADRID, 15 Jan (Bernama) -- Ura-ura semakin kencang bahawa pilihan raya umum ke-12 sudah hampir tetapi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih membisu mengenai tarikhnya.

Perdana Menteri berkata pilihan raya itu boleh diadakan sekarang atau pada Mac nanti dan mungkin Mac tahun depan.

"Semua orang tak sabar, nak sangat election ," katanya kepada pemberita di sini.

Abdullah berkata Barisan Nasional sudah siap sedia menghadapi pilihan raya kali ini selepas mencapai kemenangan besar pada pilihan raya yang lepas pada 2004.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=307945
Suara Exclusive:
Apa Harapan BN Di Pulau Pinang dan Kedah?

Suara menerima maklumat yang mengatakan bahawa kedudukan BN di Pulau Pinang dan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-12 disifatkan sebagai kritikal.

Masalah di Pulau Pinang adalah akibat sikap pengundi Melayu yang tidak menentu akibat kecewa dengan pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi yang dikatakan tidak memberikan pembelaan total kepada mereka.

Kerenah Patrick Lim sebagai orang kuat Abdullah yang membangunkan projek-projek mega yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat Melayu juga dikatakan sebahagian daripada sebabnya.

Di samping itu, kegiatan DAP dan PKR juga dikatakan akan menghakis sebahagian undi Melayu daripada BN.

Di Kedah, BN dikatakan menerima tekanan daripada PAS yang sentiasa aktif berkempen sejak beberapa bulan yang lalu.

Ini menyebabkan BN menimbang untuk mencalonkan semula beberapa muka lama yang berpengaruh di Kedah yang diketepikan dalam PRU11.

Monday, January 14, 2008

Kes Bunuh Tiada Kaitan Politik

JITRA 13 Jan. – Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum percaya kes pembunuhan melibatkan wakil rakyat di negara ini tiada kaitan dengan politik.

Sebaliknya, kata beliau, kes-kes tersebut mempunyai motif lain termasuk dari sudut peribadi.

“Kes-kes ini tiada kaitan dengan politik. Sejak dulu lagi terdapat kes pembunuhan wakil rakyat dan kita mendapati ia mempunyai sebab tertentu termasuk peribadi,” katanya.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
Bahang Pilihan Raya Makin Terasa

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang kini berada dalam keadaan siap sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Kebanyakan pemimpin parti politik meramalkan pembubaran Parlimen tidak lama lagi.

Menurut mereka, jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada senario semasa terutama pertumbuhan ekonomi negara yang rancak.

Senarai penuh cadangan nama calon pilihan raya parti-parti terlibat juga telah diserah kepada pucuk pimpinan parti masing- masing.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?8&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Suara Exclusive:
PM Ngorok Di Mesyuarat Dengan SBY?

Kisah Abdullah Badawi tertidur dalam mesyuarat rasmi jadi semakin memalukan. Kisah terbaru sekali berlaku dalam mesyuarat rasmi Malaysia-Indonesia di Putrajaya tiga hari lalu.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Presiden SBY yang dalam rangka lawatan rasminya ke Malaysia.

Peristiwa itu kini jadi buah mulut di kalangan delegasi Indonesia. Mereka juga mula menggelarkan Abdullah sebagai “kaki ngorok.”

“Ngorok” adalah perkataan Jawa yang maksudnya adalah “berdengkor.”

Sunday, January 13, 2008

Suara Exclusive:
Patrick Lim Dilucut Kewarganegaraannya?

Suara menerima maklumat, Patrick Lim @ Patrick Badawi pernah dilucutkan kewarganegaraannya di era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan itu diambil kerana dia memilih menjadi warganegara Australia. Dia diberikan balik kewarganegaraannya di era Abdullah Badawi.

Patrick adalah rakan karib Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah. Kini dia merupakan seorang usahawan yang amat berpengaruh.

Dia membabitkan diri dalam pembangunan Pulau Duyong di Terengganu sebagai pusat Monsoon Cup. Dia juga membangunkan kompleks perniagaan terbesar di Pulau Pinang.

Patrick memiliki sebuah bunglow di Perth Australia yang dikatakan jadi rumah persinggahan Abdullah.

Dia juga didesas-desuskan sebagai soerang yang berkonspirasi bersama Khairy dan beberapa elemen asing untuk menyediakan senarai calon PRU12.
250 Perisik BPR Turun Padang Masa Pilihan Raya

Setiap kali pilihan raya, antara isu utama yang sering didengar ialah wujudnya amalan membeli undi atau rasuah politik. Tuduhan dan dakwaan seperti itu sehingga kini lebih bersifat kempen politik kerana tidak ada kes yang dibawa ke mahkamah kerana amalan berkenaan.

Namun, menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang semakin menuntut kepada perjalanan pilihan raya yang adil dan telus, Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil langkah awal ke arah sama-sama memainkan peranan untuk mencapai tujuan tersebut.

Bagi maksud itu, Bahagian Perisikan BPR telah mempersiapkan 250 anggota perisikan yang akan turun padang membuat pemantauan serta mengumpulkan maklumat.

"BPR tidak memilih bulu dan telah bersedia untuk bertindak ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah dalam pilihan raya itu," demikian tegas Pengarah Bahagian Risikan BPR, Datuk Jamidan Abdullah kepada para pemberita di Johor Bharu hari Jumaat.

Lagi:http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6958a22f-cabec5bb-7c789400-173beefc

Saturday, January 12, 2008

Siapa Pembunuh Krishnasamy?

Banyak pihak kini berteka-teki, siapakah pembunuh Adun Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy? Ahli politik berumur 61 tahun itu diberitakan oleh Bernama sebagai telah ditembak sekali pada jarak dekat di bahagian bawah kening mata kirinya, dan peluru itu menembusi bahagian belakang kepalanya.

Soalnya di sini, adakah pembunuhan itu bermotif politik? Adakah pembunuhan itu berkaitan dengan perkembangan terbaru dalam masyarakat India Malaysia kebelakangan ini? Adakah pembunuhan itu membabitkan elemen-elemen luaran?
Adun Tenggaroh Ditemui Mati
Ditembak Di Bangunan MIC

JOHOR BAHARU, 11 Jan (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy mati ditembak semasa berada di dalam sebuah lif di bangunan MIC di Jalan Segget di sini Jumaat.

Ahli politik berumur 61 tahun itu ditembak sekali pada jarak dekat di bahagian bawah kening mata kirinya, dan peluru itu menembusi bahagian belakang kepalanya, kata ketua Polis Johor, Datuk Hussain Ismail kepada pemberita malam ini.

Krishnasamy ditemui terbaring berlumuran darah di dalam lif itu oleh pegawai-pegawai MIC.

Lagi: http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=307206

Friday, January 11, 2008

RM 100 Untuk Satu Pengundi Di Rembau
[antikhairy.blogspot.com]

Sah menantu PM akan bertanding di kerusi parlimen Rembau. Itu maklumat yang kami perolehi. Ramai yang bertanya bila kami akan menyiarkan DVD Skandal Seks pemimpin pemuda UMNO yang berada dalam simpanan kami. Kami hanya berharap agar semua bersabar. DVD tersebut akan dikeluarkan bila sampai masanya.

Satu maklumat yang kami baru terima, RM 100 akan diberi kepada setiap pegundi di Rembau bagi memastikan kemenangan menantu PM yang buat pertama kalinya bertanding dalam pilihanraya umum. [Akan bersambung] - Anak Jati Rembau, Khamis 10 Januari 2008
Perkataan Allah Dalam Bible
Dilulus Ikut Pintu Belakang?
[puteramalaysia.blogspot.com]

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom, dikatakan telah menolak permohan pihak tertentu untuk mengizinkan penggunaan ALLAH dalam bible Bahasa Melayu.

Tetapi, keputusan itu dikatakan telah diluluskan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi proses “pintu belakang”

Puteramaya mendapat maklumat ini dari beberapa pegawai tinggi kerajaan. Jadi, adakah maklumat ini benar atau fitnah?menerusi proses “pintu belakang”

Thursday, January 10, 2008

SUDAH TIBA MASA KEPIMPINAN SHAHIDAN DITUKAR

Apa dah jadi dengan Perlis ini? Dengar khabar dari Negeri Kayangan tu, budaya berpuak-puak dalam parti wujud di Perlis menyebabkan semangat kerjasama antara ketiga-tiga Parlimen - Kangar, Padang Besar atau Arau hilang, malah semangat perpaduan sesama ahli dalam bahagian juga turut lenyap.

Baru ada tiga kawasan parlimen, tapi kecohnya mengalahkan Selangor atau Johor yang ada berpuluh-puluh bahagian. Namun, ia harus dipandang serius oleh kepimpinan UMNO Pusat memandangkan masalah Perlis ini kalau tidak diperhalusi segera, ia boleh mengundang parah dan bencana dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Lagi: http://sahabatgunung9506.blogspot.com
SUARA Exclusive:
Sedang Sign Dokumen Pun Tertidur!

Dalam keresahan suasana menjelang PRU12, Suara siarkan di sini kisah lucu mengenai Abdullah Badawi. Selama ini kita tau dia boleh tertidur di mana-mana, pada bila-bila masa.

Paling lucu yang pernah kita ketahui, Abdullah tertidur sewaktu berbaris untuk bergambar di satu majlis rasmi di Australia beberapa bulan lalu.

Suara dapat tau, Abdullah pun pernah tertidur sewaktu menandatangani dokumen rasmi di pejabatnya. Seorang pegawai kanan yang duduk di kerusi di hadapan Abdullah sementara menunggu Abdullah menandatangani satu dokumen penting, jadi serba salah bila dalam sekelip mata Abdullah terhenti menandatangani dokumen tersebut.

Kata pegawai berkenaan, pada ketika itu, mata pena berada di tangan kanan Abdullah. Tetapi, mata Abdullah tertutup rapat kerena dia terlena.

“Keadaan Abdullah waktu itu seperti figura pameran di muzium lilin Madam Tussoud di London,” kata pegawai itu.

Apa yang Suara tulis di sini adalah benar. Ia lucu. Tapi, ia juga serius. Terserahlah kepada kita semua untuk fikirkan sama ada Abdullah boleh diberi peluang untuk pimpin kita semula selepas PRU12.
SUARA Exclusive:
PILIHAN RAYA UMUM 12
MAC ATAU APRIL 2008?

Suara menerima dua info terbaru mengenai tarikh PRU12. Satu info mengatakan, PRU12 pada Mac 2008. Satu info lagi yakin, PRU12 pada April 2008.

Info pertama: Hari penamaan calon: 6 Mac 2008. Hari pengundian: 16 Mac 2008. Rasional: Tarikh ini dipilih untuk menjadikan “feel good mood” sepanjang Tahun Baru Cina kali ini sebagai proses berkempen untuk memenangi sokongan dan hati pengundi Cina. BN mengambil pendekatan ini kerana sokongan masyarakat Cina kepada pemerintah adalah amat tipis.

Tarikh di atas termasuk dalam kelompok empat tarikh yang dicadangkan seorang Feng-sui kepada Abdullah Badawi untuk PRU12. Tarikh cadangan Feng-sui berkenaan - 19 April 2007, 25 November 2007, 15 Disember 2007 ataupun 15 April 2008.

Tiga tarikh cadangan ini sudah berlalu. Yang tinggal hanya 15 April 2008. Jadi, adakah Abdullah akan menerima nasihat Fengsui itu? Dan, sebab itukah PRU12 dijangka diadakan pada 16 April 2008?

Info kedua: Bubar Parlimen 29 Mac 2008. Hari penamaan calon: 10 hari sesudah itu. Hari pembuangan undi: sepuluh hari berikutnya. Tarikh ini terkeluar daripada cadangan Feng-sui di atas. Jadi, adakah Abdullah akan langgar nasihat Feng-sui dan buat PRU12 pada April?

SUARA ada banyak lagi info pasal PRU12. Kesemuanya akan disiarkan dalam blog ini dari semasa ke semasa tidak lama lagi.

Wednesday, January 9, 2008

Election Fever Running High In Malaysia

KUALA LUMPUR - SPECULATION over Malaysia's impending general election stepped up a notch yesterday when the election chief reiterated that the polls are just 'around the corner'.

All police officers and personnel have had their leave periods frozen indefinitely, further fuelling the speculation.

'We have several reasons for doing so, the main reason being that we need to have dry runs. There are many things that we need to do when the elections are called,' police chief Musa Hassan was quoted as saying by The Sunday Star yesterday.

The Election Commission, which oversees the running of elections, is also gearing up for the polls, chairman Abdul Rashid Abdul Rahman said in an interview with the newspaper, the weekend edition of The Star, the biggest English daily.

More : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/851/34/
Perundingan Belakang Tabir PAS-Umno?

Berita tentang berlakunya perundingan-perundingan belakang tabir antara PAS dan Umno sungguh menarik perhatian – dan cukup mengasyikkan.

Dalam kerangka pemikiran politik perkauman (atau tawar menawar antara kaum) yang dominan di negara ini kini, saya kira tentulah banyak di kalangan mereka yang berfikir dalam kerangka gagasan “hegemoni Melayu” yang berasa sungguh senang dengan perkembangan ini.

Hubungan yang mesra di antara PAS dan Umno, dalam kerangka pemikiran mereka, hanya munkin bererti bertambah mantapnya “kesepaduan Melayu.” Dan mantapnya kesepaduan Melayu hanya mungkin bererti suatu kelebihan, suatu advantage, dalam percaturan politik tawar menawar antara kaum yang mencirikan politik negara ini.

Namun dalam sejarah semasa politik negara, ini bukanlah kali pertama perundingan PAS-Umno seperti ini pernah diusahakan.

Namun selalunya perundingan yang demikian itu telah diusahakan bukan demi gagasan-gagasan muluk dan jangka panjang sehubungan isu “perpaduan” Melayu-Islam, apa lagi kemantapan masa depan negara, tetapi demi kepentingan jangka pendek pihak-pihak yang terlibat, khususnya tujuan memperoleh sokongan dalam pilihanraya.

Sejak kemerosotan sokongan Melayu yang dialami Umno dalam pilihanraya tahun 1999 lagi, Mahathir Mohamad dengan gigihnya telah berusaha untuk merapatkan hubungan PAS-Umno itu dan telah membuat pelbagai overtures terhadap Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu.

Lagi: [suara-rustam.blogspot.com]
BN To Rule Kelantan?
[
kudaranggi.blogspot.com]

Deputy UMNO President Datuk Seri Najib Tun Razak said today that this year is the year for the people of Kelantan to vote for the BN. The deputy PM said enough is enough and the time has come for a change of the state government.

I am not a Kelantanese but I am doubtful, very doubtful of what Najib said.
As far as I am aware, the people of Kelantan, Muslims and non-Muslims alike, are happy with the present state government led by Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

What about Terengganu, Datuk Seri? One cannot rule out a change of the state government.
After The Pillows, 10,000 Roses
[
http://rockybru.blogspot.com/]

Flower power. 10,000 supporters of Hindraf are expected to present red and yellow roses to the Prime Minister in conjunction with Valentine's Day next month. P. Waytha Moorty, the self-exiled Hindraf leader, said in a press release from London the red rose signifies "love" and Hindraf's "peaceful struggle" while yellow signifies its demand for justice for the 5 Hindraf leaders detained under ISA for their role in the 25 Nov 2007 rally.

Hindraf has asked its supporters to bring the roses to the Parliament House on 16 Feb 2008 at 11 am, and has asked the PM to come in person to accept the gesture.
SIAPAKAH PM MALAYSIA
PADA SAAT & KETIKA INI?
[
http://kuda-kepang.blogspot.com/]


Di bawah ini adalah dua pucuk berita yang amat menarik daripada Bernama 7 Januari 2008. Kedua-duanya mendorong saya bertanya kepada diri saya sendiri, siapakah Perdana Menteri Malaysia pada saat dan ketika ini?

Lantaran itu, kedua-dua berita ini wajar dikaji oleh rakyat jelata seluruhnya untuk mendapatkan gambaran terhadap kelemahan pentadbiran negara ketika ini, hinggakan ada seorang anak muda yang berlagak seolah-olah dia lebih berkuasa daripada Perdana Menteri, dan hinggakan ada orang asing yang bersuara seolah-olah dialah Perdana Menteri Malaysia yang kita berikan mandat untuk menguruskan negara tercinta ini.

Berita Pertama

Malaysia Tidak Akan Hadapi Keperitan Ekonomi - Kuan Yew

SINGAPURA, 7 Jan (Bernama) -- Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang sihat tahun ini berikutan terdapat tanda-tanda yang positif, kata bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Beliau berkata harga minyak yang tinggi pada masa ini dan komoditi Malaysia seperti minyak sawit dan lain-lain akan memberikan hasil yang baik untuk negara itu tahun ini.

Lee bercakap pada makan malam gala ulang tahun ke-40 Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS).

Beliau berkata walaupun Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan yang rendah iaitu 5.6 peratus berbanding 5.7 peratus tahun lepas, negara itu tidak akan menghadapi keperitan ekonomi.

Lee menyatakan bahawa Malaysia melaksanakan projek ekonomi yang besar seperti membangunkan seluruh negara melalui plan bersepadu di bawah pembangunan wilayah ekonomi koridor selatan, timur dan utara. - BERNAMA
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=306536

Komen: Apa perlunya LKY bersuara seolah-olah dialah jurucakap kepada Abdullah dan Kerajaan Malaysia? Apa ertinya tindakan seperti ini? Malaysia sebahagian daripada Republik Singapura? Abdullah berada di bawah telunjuk LKY dan Singapura? Atau, inilah buktinya bahawa Abdullah memang sudah hilang kawalan terhadap kerajaannya?

Berikutan berita di atas, ayuh kita nantikan apa reaksi Khairy? Adakah Khairy akan melalak supaya LKY tak boleh buat kenyataan bagi pihak Abdullah dan Malaysia? Apa reaksi Menteri Luar? Adakah Menteri Luar akan mengirim nota kepada LKY supaya jangan bertindak seolah-olah dialah PM Malaysia? Apakah reaksi Abdullah? Adakah Abdullah akan insaf bahawa inilah contoh dan buktinya bahawa Singapura kini memang tidak hormat kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan berwibawa? Atau, adakah Khairy, Syed Hamid dan Abdullah akan hanya termangu-mangu kerana yang buat kenyataan di atas adalah LKY?

Berita Kedua

Khairy: Hanya PM Berhak Mengulas Tarikh Pilihan Raya

KEPALA BATAS, 7 Jan (Bernama) -- Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata hanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk mengulas mengenai tarikh pilihan raya.

"Tak perlu tanya (tarikh pilihan raya) kepada ahli politik atau menteri termasuk juga Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman)...saya tidak faham kenapa dia kata pilihan raya semakin hampir," katanya yang tidak mahu mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum ke-12.

Khairy berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas merasmikan program Keluarga Bahagia Masyarakat Ceria anjuran Yayasan Budi Penyayang di sini hari ini.

Diminta mengulas mengenai demam pilihan raya yang semakin dirasai, Khairy berkata ada pihak yang mula menjadikan isu semasa seperti masalah kekurangan minyak masak dan yuran sekolah sebagai isu politik.

"Suhu demam pilihan raya terlalu tinggi sehingga apa sahaja tindakan yang dibuat oleh kerajaan dianggap untuk memenuhi kehendak pilihan raya," katanya. - BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=306502

Komen: Siapa Khairy? Kalau orang lain tak boleh buat spekulasi atau apa-apa kenyataan pasal PRU 12, kenapa Khairy malang-malang dan lintang-pukang boleh buat kenyataan membidas Pengerusi SPR? Adakah ini bermakna Khairy adalah sinonim dengan Abdullah atau Abdullah adalah sinonim dengan Khairy? Apa kedudukan Khairy dalam kerajaan Malaysia? Berapa lama lagi rakyat Malaysia perlu diperbodohkan dengan karenah seperti ini?

Akhir kata, haruskah kita biarkan karenah menjolok mata seperti ini berterusan? Atau, apakah yang harus kita lakukan supaya karenah seperti ini tidak akan berulang di masa depan? – Ruhanie Ahmad
Malaysia Tidak Akan Hadapi
Keperitan Ekonomi - Kuan Yew

SINGAPURA, 7 Jan (Bernama) -- Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang sihat tahun ini berikutan terdapat tanda-tanda yang positif, kata bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.Beliau berkata harga minyak yang tinggi pada masa ini dan komoditi Malaysia seperti minyak sawit dan lain-lain akan memberikan hasil yang baik untuk negara itu tahun ini.Lee bercakap pada makan malam gala ulang tahun ke-40 Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS).Beliau berkata walaupun Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan yang rendah iaitu 5.6 peratus berbanding 5.7 peratus tahun lepas, negara itu tidak akan menghadapi keperitan ekonomi.Lee menyatakan bahawa Malaysia melaksanakan projek ekonomi yang besar seperti membangunkan seluruh negara melalui plan bersepadu di bawah pembangunan wilayah ekonomi koridor selatan, timur dan utara.-- BERNAMA
Suara Keramat

Blog ini dicipta sebagai wadah suara siasah rakyat Malaysia.