Saturday, March 15, 2008

Menteri Yang Tewas Tidak Akan Dilantik Semula, Kata Abdullah

PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) -- Menteri-menteri Kabinet yang kalah pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu tidak akan dilantik semula dalam barisan jemaah Kabinet baru yang akan diumumkan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menegaskan bahawa Kabinet baru itu akan dianggotai oleh barisan pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan segala yang dirancang oleh kerajaan.

Katanya pemilihan anggota Kabinet baru itu merangkumi calon-calon dari pelbagai kaum dan muka baru yang berjaya dalam pilihan raya umum lepas.

"Yang sudah tewas kita tidak ada cadangan untuk melantik semula. Kita mahu transformasi yang hendak dibawa itu mesti dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya semasa temubual dengan Bernama TV di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320760

No comments: