Monday, March 10, 2008

Abdullah Panggil Mesyuarat MT UMNO
Dan AJK BN Pusat Untuk Cari Sokongan?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mulai 12.00 tadi, sedang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia di Kuala Lumpur.

Mulai jam 3.00 petang pula beliau akan mempengerusikan mesyuarat AJK Pusat BN juga di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mesyuarat itu dipercayai untuk membuat kajian awal terhadap prestasi buruk BN dalam PRU12.

Persoalannya, mampukah dan beranikah anggota MT UMNO dan AJK Pusat BN bersuara dengan jujur dan ikhlas supaya Abdullah mengundurkan diri dari semua jawatan politik - Presiden UMNO Malaysia dan Pengerusi BN Pusat - akibat kehilangan keyakinan majoriti rakyat jelata terhadap kepimpinan beliau seperti yang dimanifestasikan menerusi keputusan PRU12?.

- http://kuda-kepang.blogspot.com

No comments: